Page 13 - DURIAN TEMBAGA DAN..
P. 13

Apabila beberapa hari menunggu, buah durian tembaga sebiji itu tidak juga gugur, Junid mula


               merasa puas menunggu. Mula timbul rasa meluat dalam kalbu Junid. Lalu petang itu dia

               melangkah longlai keluar dari kebunnya dengan niat tidak mahu lagi datang menunggu buah


               durian sebiji itu. Senapangnya sedia di bahu. Ketika dia sampai di pintu pagar, tiba-tiba

               kedengaran bunyi benda jatuh pada umbi pokok durian tembaganya. Junid segera ke tempat itu.




               Junid sengih melihat buah durian yang berkecai. Bau masamnya menerawang kawasan keliling.


               Biji-bijinya sebesar kelingking merata. Sementara isinya seperti muntah kucing di atas rumput.

               Junid menggeleng-gelengkan kepalanya.




               Kenapa kamu baru gugur?




               Tidak ada harganya lagi.




               Aku, jangan nak makan, nak sentuh pun tak larat.




               Bau masam kamu menyesak hidung.




               Kasihan.




               Kalau kamu gugur dulu, aku akan simpan dalam almari kaca, tanda hormat aku pada kamu.

               Tetapi sekarang, tengok, jangankan tupai, lalat angau pun tidak datang menjenguk kamu.
   8   9   10   11   12   13   14   15