Page 12 - DURIAN TEMBAGA DAN..
P. 12
durian tembaganya itu.
Buah-buah durian tembaga Junid sudah gugur semuanya kecuali yang sebiji pada puncak pokok
itu sahaja yang belum gugur. Banyak juga Junid dapat wang hasil jualan buah durian
tembaganya itu. Hairan Junid tidak terkira. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk
menjatuhkan buah durian sebiji di puncak pokok itu.
Dan Junid, sifat sayangnya pada buah durian itu memaksa dia terus-terusan menunggu, memaksa
dia menanti siang dan malam untuk mengambil buah itu apabila gugur. Junid siap dengan
senapangnya yang sentiasa sedia dengan peluru di dalam larasnya menunggu buah durian sebiji
itu.
Waktu petang angin kencang. Buah durian tembaga sebiji itu tidak juga gugur.
Junid tetap menunggu.
Waktu malam angin kuat melanda. Buah sebiji di puncak itu tidak juga jatuh.
Junid tetap patuh menanti.
Angin sejuk waktu pagi. Durian sebiji di puncak itu tidak juga gugur.
Junid tetap setia menunggu.
Malah ketika angin gemuruh waktu tengah hari, durian itu tidak juga gugur.
Junid tetap taat menanti.

