Page 10 - DURIAN TEMBAGA DAN..
P. 10
buah durian sebiji di puncak yang baginya terlalu besar itu.
Junid sengih pada wajah anaknya.
“Li bimbang, ia terlalu masak abah. Nanti kalau gugur melepuk menyek jadi tempoyak masam.
Tak boleh dimakan,” kata Kipli.
“Harap-harap taklah begitu, Li,” kata Junid.
Durian gugur lagi. Buah-buah yang pada julai di bawah terus jatuh berganti-ganti, tetapi buah
sebiji di puncak tidak juga gugur. Hairan juga Junid. Apakah buah sebiji di puncak itu mesti
dikait? Tidak ada galah yang mampu mencapainya di puncak pokok itu.
Keluarga Junid terus menikmati isi durian tembaga itu. Isi-isi yang dicekah seolah-olah berkata,
‘terima kasih kerana anggap kami masih berharga.’
Petang itu tinggal Kipli dalam kebun durian itu. Junid ke rumah Tuk Ku membawa sebiji durian
untuk dihadiahkan kepada Tuk Ku. Dan ketika buah durian tembaga itu diserahkan kepada Tuk
Ku, Junid merenung buah durian tembaganya itu. Dia nampak durian itu seperti berkata, ‘terima
kasih kerana anggap saya masih bernilai.’
Anak dan cucu-cucu Junid sudah pulang ke rumah mereka di bandar. Tinggal Junid dengan
Janah menunggu durian tembaga itu. Waktu siang, Junid sendirian di kebun itu. Tetapi apabila
malam, Janah menemaninya tidur di bangsal itu. Dan buah-buah duriannya terus gugur, tetapi
buah sebiji di puncak masih kukuh pada dahan. Buah-buah pada dahan lain di bawahnya sudah

