Page 8 - DURIAN TEMBAGA DAN..
P. 8
“Dah gugur? ” Tanya Janah.
“Rezeki awak,” kata Junid sambil mencekah buah durian tembaga itu. Terbuka sahaja kulitnya,
nampak isi durian tembaga yang kuning serta harum. Junid menghulurkan kepada Janah.
Dengan senyum Janah mencapai seulas.
Junid juga mencapai seulas.
“Saya nak ke kebun lepas ni. Tak balik hari ini,” kata Junid.
“Saya faham. Tak apa. Saya akan bawa nasi nanti.”
Junid dan Janah terus menikmati isi durian tembaga itu. Paksa akhir dicekah oleh Junid. Dia
nampak isi durian itu seperti berkata, ‘terima kasih kerana sudikan saya.’
“Petang nanti awak telefon anak-anak kita tu, “ kata Junid.
Janah memandang wajah suaminya dengan mata berkaca.
Pada hari ketiga durian tembaga itu gugur, tengah hari ketika Junid berehat di bangsal dengan
beberapa biji durian tembaganya terbaring di atas lantai, muncul Kipli anak sulungnya bersama

