Page 3 - DURIAN TEMBAGA DAN..
P. 3

Tuk Ku dapat makan isi durian tembaga.

               Aku hanya makan durian ini dari kebun kamu Junid.




               Terima kasih kerana Tuk Ku sudi.




               Aku yang patut berterima kasih.




               Junid nampak dia senyum. Dia nampak isi durian tembaganya yang kuning seperti tembaga yang


               baru digilap. Isinya yang sebesar pergelangan lengan itu tebal. Sementara biji di dalamnya

               sebesar jari kelingking. Baunya harum. Apabila isinya digigit dan menjamah lidah ia terasa


               lemak-lemak manis.



               Junid bersandar pada dinding bangsal yang sedia dalam kebunnya itu. Dia memandang ke


               hadapan. Burung-burung berkicau merata. Rama-rama terbang lambat-lambat dari pokok ke

               pokok senduduk di luar kebun Junid. Tinggi di awan, berlegar-legar helang kepala putih


               mengintai-ngintai mangsanya di bawah.




               Junid memandang pada puncak durian tembaganya. Di situ sebiji buah durian yang agak besar

               seperti terlalu kukuh pada dahan. Sementara pada dahan-dahan lain di bawah, buah-buah


               duriannya bergantungan menunggu matang untuk gugur. Durian-durian yang gugur ketika

               matang menyenangkan Junid.




               Anak-anak dan cucunya akan pulang dari bandar untuk menikmati durian tembaganya. Selepas
   1   2   3   4   5   6   7   8