Page 7 - DURIAN TEMBAGA DAN..
P. 7

Mata Junid segera menangkap lompatan-lompatan tupai itu. Junid segera mencapai senapang lalu

               meluru ke arah pokok petai yang menjadi tempat singgah tupai-tupai itu sebelum melompat ke


               pokok durian tembaga. Junid lalu melepaskan tembakan apabila matanya pada seekor tupai di

               atas pokok petai. Ia jatuh ke bumi. Beberapa ekor yang lain bercemera melompat-lompat


               melarikan diri. Ada pula yang menuruni batang petai lalu ke bawah. Tupai itu seperti faham

               bahawa Junid tidak akan menembak pada paras dada di bawah kerana bimbangkan peluru


               tersasar kepada orang-orang di luar kebun Junid.




               Sepi buat seketika.




               Junid balik pada bangsal. Dia pandang buah durian tembaga itu. Lama. Dia senyum. Kemudian

               Junid menoleh pada puncak durian tembaganya. Buah yang sebiji di puncak masih utuh di situ.




               Angin pagi yang lembut menyamankan Junid. Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi durian gugur.

               Segera Junid ke pokok durian tembaganya. Dia capai durian itu sambil mendongak ke atas.


               Durian sebiji di puncak masih kukuh pada dahan. Junid membawa buah durian itu ke bangsal.

               Dia kemudian turun semula mengelilingi kebunnya lalu melepaskan beberapa das tembakan ke


               udara. Tembakan itu sebagai amaran kepada makhluk Allah yang berniat hendak merosakkan

               durian tembaganya.




               Junid pulang dengan membawa dua biji durian tembaganya. Durian itu akan dicekah di hadapan


               isterinya Janah. Dia tidak pernah makan durian tembaga itu sendirian di kebun sebelum Janah

               isterinya menikmati durian itu.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12