Page 100 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 100
7. Mengenal pasti kawasan berisiko di sekolah dan menyediakan papan tanda keselamatan yang sesuai di
tempat tersebut.
8. Menyediakan pelan kebakaran dan prosedur keselamatan sewaktu bencana serta memastikan ianya ditampal
di setiap kelas dan bilik khas termasuk koridor.
9. Menjalankan latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
10. Memastikan alat pemadam api berfungsi dan berada di tempat yang strategik.
11. Menjalankan aktiviti seperti ceramah / pameran bersama agensi luar.
12. Menyediakan maklumat murid pergi balik sekolah.
13. Menyediakan manual keselamatan berdasarkan item Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah.
UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
1. Mengedarkan borang SPBT kepada setiap pelajar dan mengumpulkan borang tersebut untuk menentukan
pelajar yang layak.
2. Membuat pesanan buku melalui borang maklumat berkomputer.
3. Mengedarkan dan mengumpulkan SPBT mengikut tahun pada awal / hujung tahun.
4. Mendapatkan borang SPBT daripada yang baru masuk dan mengedar buku teks.
5. Memastikan pelajar yang bertukar ke sekolah lain diberikan borang SPBT dan membawa buku teks bersama.
6. Mamastikan semua guru melengkapkan borang pinjaman SPBT / borang G.
7. Menguruskan dan melengkapkan fail-fail SPBT dan buku stok (mengikut kelas).
8. Menyedia dan mempamerkan paraturan bilik SPBT.
9. Memastikan buku teks yang diberi kepada pelajar dijaga dengan baik.
10. Mengurus dan memastikan bilik BOSS sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan berfungsi. Memastikan
keselamatannya setiap masa termasuk waktu cuti panjang.
11. Mengadakan operasi Buku Teks dari semasa ke semasa.
UNIT KEBAJIKAN
1. Menyediakan data terkini tentang murid miskin dan anak yatim.
2. Mengambil perhatian yang serius tentang kebajikan murid yang miskin dan memerlukan bantuan.
3. Mewujudkan tabung kebajikan dan kutipan derma dari masa ke semasa.
4. Membantu pelajar semasa kecemasan atau kemalangan seperti sakit atau kehilangan / kebakaran atau lain-
lain bencana.
5. Membantu urusan kutipan derma seperti anak yatim, rayuan Hari Pahlawan, kanak-kanak kelahiran upaya
dan lain-lain.
6. Membantu dalam urusan bantuan murid-murid miskin Kementerian Pelajaran / Bantuan Amal Kerajaan atau
Bukan Kerajaan.
7. Menyediakan laporan bagi tuntutan skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).
UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN, PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA
& SUSU 1 MALAYSIA
1. Membuat bancian murid yang layak : pendapatan bulanan RM520 / perkapita RM130 dan ke bawah.
2. Mengedarkan borang permohonan RMT kepada murid yang layak untuk diproses.
3. Mengedarkan borang penerimaan RMT kepada ibu bapa / penjaga murid yang layak.
4. Menghantar surat makluman penerimaan RMT kepada ibu bapa / penjaga murid.
5. Menyediakan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan RMT dari tahun 1 hingga tahun 6
dan mempamerkannya di papan kenyataan.
6. Memastikan menu yang dipilih bersesuaian.
7. Memastikan makanan yang disediakan mencukupi, bersih dan berkhasiat dalam bilangan mencukupi.
8. Mencatat dan merekod perjalanan RMT setiap hari dalam buku Rekod RMT setiap hari persekolahan.
9. Bertanggungjawab terhadap segala yang berkaitan dengan murid yang layak RMT termasuk merekod prestasi
| 91

