Page 99 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 99
13. Merancang dan melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas.
14. Menyediakan jadual bertugas dan memastikan pengawas menjalankan tugas.
15. Merancang dan melaksanakan pelantikan pengawas baru (Tahun hadapan).
16. Menyediakan laporan tahunan.
UNIT KEBERSIHAN & KECERIAAN
1. Menyediakan projek keceriaan sepanjang tahun.
2. Mengagihkan tugas kepada AJK untuk tindakan bagi melaksanakan projek mengikut jangka waktu yang
diperlukan.
3. Cadangan gotong-royong bersama ibu bapa / penjaga murid.
4. Membuat mural dan membaiki mural pudar.
5. Menanam pokok-pokok hiasan untuk menghiasi kawasan sekolah.
6. Mengadakan pertandingan keceriaan kelas.
7. Mengadakan jadual membersihkan kawasan sekolah setiap hari / minggu.
8. Menjalankan aktiviti kitar semula.
9. Menjalankan program Tandas Angkat.
UNIT KESIHATAN
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan sentiasa bersih dan sedia digunakan.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan dan rekod penggunaan.
3. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan dan pergigian oleh Pejabat Kesihatan.
4. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran dan lain-lain.
5. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.
6. Menghantar laporan kesihatan pelajar / aktiviti yang dijalankan kepada Kementerian / Jabatan Pelajaran /
Pejabat Pelajaran Daerah jika perlu.
7. Memastikan kotak-kotak ‘First Aid’ diisi dan dapat digunakan pada waktu kecemasan.
8. Boleh memberi rawatan kecemasan awal dan memastikan murid diurus dengan baik jika berlaku sebarang
kemalangan atau kecederaan.
9. Menerima stok multivitamin untuk murid-murid RMT.
10. Mengagihkan multivitamin kepada AJK RMT secara mingguan.
11. Menyediakan laporan Program Vitamin 1 Malaysia setiap bulan.
UNIT PROGRAM BEBAS DENGGI
1. Memastikan kawasan sekolah bersih dan bebas daripada nyamuk Aedes.
2. Memeriksa kawasan-kawasan berair yang boleh bertakung dan menanam tin-tin atau botol-botol
yang kosong.
3. Memastikan ubat abate diletakkan di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk
setiap bulan.
4. Melengkapkan laporan secara mingguan dan bulanan untuk dihantar ke PPD.
5. Menjalankan aktiviti seperti ceramah dan pameran untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga sekolah
tentang bahaya demam denggi.
UNIT KESELAMATAN
1. Menyelia kawasan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
2. Menyelia bangunan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
3. Memastikan semua kelas dan bilik khas mempamerkan peraturan keselamatan.
4. Memastikan keselamatan murid semasa mengadakan sesuatu program.
5. Membuat penegasan keselamatan murid semasa pergi dan balik dari sekolah secara berkala.
6. Membuat penegasan keselamatan murid sewaktu berada di kawasan sekolah secara berkala.
| 90

