Page 98 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 98

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA UNIT HEM

           JAWATANKUASA INDUK

           1.  Menyumbangkan idea dan pandangan bagi merancang perjalanan program dan
               Takwim HEM.
           2.  Menghadiri mesyuarat sidang penuh sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
           3.  Memanggil mesyuarat unit masing-masing.
           4.  Menyampaikan maklumat dan perkembangan bidang dari masa ke semasa di
               perhimpunan sekolah.

           5.  Bertanggungjawab:

               a. Membahagikan tugas di kalangan ahli jawatankuasa setiap unit.
               b. Merancang aktiviti sepanjang tahun.
               c. Memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan.
               d. Menyediakan belanjawan setiap unit.
               e. Menyediakan laporan bulanan / tahunan unit masing-masing.
               f. Mengemaskini fail unit.
               g. Menyediakan perancangan strategik setiap unit.

           SETIAUSAHA / PENOLONG SETIAUSAHA

           1.  Bertanggungjawab menyediakan notis panggilan mesyuarat dan tempat mesyuarat.
           2.  Menyediakan minit mesyuarat HEM.
           3.  Menyediakan carta organisasi HEM.
           4.  Menyediakan bahan dan mengemaskini papan kenyataan HEM.
           5.  Merekod segala aktiviti dan program yang dijalankan di bawah pengurusan HEM
               sepanjang tahun.

           6.  Membantu Penolong Kanan HEM menyediakan data dan maklumat murid yang
               diperlukan dari masa ke semasa.

           7.  Menguruskan fail minit mesyuarat HEM.
           8.  Membantu PK HEM menjalankan tugas / program semasa ketiadaannya di sekolah

           UNT DISIPLIN

           1.  Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan berpandukan pekeliling Kementerian
               Pelajaran.
           2.  Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan.
           3.  Membantu menyelesaikan masalah disiplin.
           4.  Menerima laporan pengawas / guru bertugas dan mengambil tindakan sewajarnya.
           5.  Mengemaskini data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) untuk dihantar ke PPD.
           6.  Menjalankan rondaan dengan bantuan guru bertugas untuk mengesan sebarang kesalahan disiplin semasa
               perhimpunan rasmi dan upacara sekolah.
           7.  Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.
           8.  Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibu bapa / penjaga dalam menangani kes disiplin.
           9.  Menyediakan dan membekalkan data maklumat disiplin kepada Kementerian / Jabatan Pelajaran / Pejabat
               Daerah apabila diperlukan.
           10.   Mengedar dan mengumpul data ponteng secara bulanan.
           11.   Menghantar data ponteng ke PPD sebelum 5 haribulan setiap bulan
           12.   Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran tangunggjawab pengawas.


                                                                                                              | 89
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103