Page 101 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 101
akademik.
10. Mengadakan ceramah berkaitan dengan kesihatan / makanan dan lain-lain dari masa ke semasa.
11. Menyediakan sudut makanan yang berinformasi.
12. Mengedarkan borang Kebenaran Pemberian Multivitamin & Mineral kepada murid RMT.
13. Mendapatkan bekalan multivitamin daripada Guru Kesihatan setiap minggu.
14. Memberikan multivitamin kepada murid-murid RMT selepas makan : sebiji - 3 kali seminggu
( Isnin, Rabu dan Jumaat ).
15. Mengedarkan susu kepada murid RMT selepas makan : sekotak - 2 kali seminggu
( Selasa dan Khamis ).
UNIT KANTIN
1. Memastikan pengurusan kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian / Jabatan Pelajaran.
2. Memastikan jenis dan mutu makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian serta mencukupi.
3. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat.
4. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin bersih, kemas dan ceria.
5. Memastikan semua operator kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
6. Memastikan semua operator kantin memakai apron, tutup kepala yang kemas dan bersih.
7. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain muslin / disimpan dalam bekas yang tertutup.
8. Memaklumkan kepada pengusaha hari-hari persekolahan.
9. Memastikan ada tanda larangan merokok.
10. Memastikan alat pemadam api berfungsi.
11. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan.
12. Menyediakan tugasan pengawasan di kantin.
13. Menceriakan kantin.
14. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
15. Membuat laporan bulanan kantin untuk dihantar ke PPD.
16. Membuat laporan ke PPD dan JPS sekiranya berlaku kes keracunan.
UNIT PPDa
1. Menjalankan projek keceriaan berkenaan PPDa.
2. Mengagihkan tugas kepada AJK untuk tindakan bagi melaksanakan projek mengikut jangka waktu yang
diperlukan.
3. Menyediakan sudut dan bahan berkenaan dadah.
4. Melengkapkan bilik sumber PPDa.
UNIT KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
1. Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan : Pendapatan bulanan RM830 / RM210
perkapita ke bawah.
2. Menjalankan temuduga untuk maklumat yang lengkap.
3. Mengedarkan dan memungut borang permohonan.
4. Mengadakan mesyuarat pemilihan.
5. Menyediakan senarai nama murid yang layak menerima KWAPM.
6. Memasukkan data murid yang layak untuk dihantar ke PPD.
7. Memaparkan senarai nama penerima bantuan di papan kenyataan.
UNIT SISTEM APDM / BORANG MAKLUMAT MURID
1. Mengedar dan mengumpul borang maklumat murid kepada murid baru
2. Guru kelas memasukkan/mengemaskini data murid ke dalam Sistem APDM mengikut kelas masing-masing
| 92

