Page 12 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 12
8. BILIK GURU
8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA
guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-
perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.
9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan
Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar.
10. TUGAS-TUGAS
10.1 Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum,
pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah.
Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya
menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan
TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan
pengetahuan Guru Besar.
11. BUKU REKOD MENGAJAR
11.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan
dengan teliti, kemas dan lengkap.
11.2 Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari JUMAAT
untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
11.3 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan
kepada Penolong Kanan
11.4 Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan
dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum
dihantar kepada Guru Besar untuk penyemakan.
12. JADUAL WAKTU
12.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.
12.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan.
| 12

