Page 15 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 15

26.    GURU PENGGANTI

                            26.1  Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR
                                atau  sebab-sebab  lain  yang  tidak  dapat  dielakkan  maka  Jadual  Guru  Pengganti
                                akan diatur oleh Penolong Kanan 1/Jawatankuasa Jadual Waktu.
                            26.2 Guru  yang  tidak  mengajar  (non  teaching  period)  akan  diminta  untuk
                                melaksanakan tugas sebagai guru pengganti.
                            26.3 Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam
                                kelas tersebut.

                      27.    MENGHUKUM / MENDENDA MURID

                            27.1 Semua  guru  harus  mengambil  sikap  dan  tindakan  berhati-hati  apabila
                                menghukum  atau  mendenda  murid  supaya  tidak  bertentangan  dengan  etika
                                profesion perguruan.
                            27.2 Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan
                                atau  memukul  dengan  benda  keras,  menghantuk  kepala  murid,  menarik  atau
                                mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam,
                                biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan
                                perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah
                                DILARANG.
                            27.3 Guru  harus  mengelak,  perbuatan  memaki  hamun,  mengejek,  memperkecil
                                keupayaan dan kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan.

                      28.    PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

                            28.1 Semua  guru  digalakkan  untuk  memperlengkapkan  diri  dengan  ilmu  demi
                                kelangsungan  pendidikan  berkualiti.    Namun  demikian  peranan  sebagai
                                pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan.
                            28.2 Segala  tugasan,  aktiviti  dan  mentelaah  nota-nota  yang  berkaitan  dengan  PJJ
                                TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses
                                P&P

                      29.    HAL-HAL LAIN

                            29.1 Semua  guru  digalakkan  untuk  membantu  melaksana  segala  aktiviti  dan  projek
                                pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.
                            29.2 Sentiasa  memberi  khidmat  professional  yang  bermutu  terhadap  objektif  dan
                                matlamat pendidikan.
















                                                                                                      | 15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20