Page 11 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 11

4.     CUTI

                            4.1  Cuti  Rehat  /  Cuti  Penggal  –  mengikut  surat  Pekeliling  Kementerian  Pendidikan
                                KP(PP)  0046.SJ/(30)  bertarikh  24  Disember  1993,  guru  berkelayakan  mendapat
                                cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.  TETAPI guru boleh dipanggil
                                bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu
                                tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
                            4.2  Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua
                                hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
                            4.3  Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
                                Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
                                dan tidak melebihi 180 hari.
                            4.4  Kelulusan  cuti  tanpa  gaji  yang  tidak  melebihi  14  hari  setahun  diluluskan  oleh
                                Pengarah Pelajaran  Negeri.    Cuti  melebihi  15  hari  diluluskan  oleh  Kementerian
                                Pelajaran Malaysia.
                            4.5  Cuti  Rehat  Khas  –  cuti  ini  boleh  diluluskan  oleh  Guru  Besar  hanya  atas  sebab-
                                sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

                      5.     SENARAI TUGAS GURU-GURU

                            5.1  Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai
                                panduan  untuk  mempertingkatkan  prestasi  pengajaran  guru  dan  pembelajaran
                                murid.    Seterusnya  menyediakan  khidmat  Bantu  secukupnya  supaya  matlamat
                                Dasar Pendidikan Negara tercapai.

                      6.     PAKAIAN GURU

                            6.1  Semua  guru  hendaklah  berpakaian  kemas  (bertali  leher  bagi  guru  lelaki),Baju
                                Batik  pada  hari  Khamis  dan  Baju  Kebangsaan  pada  hari  Jumaat  (Guru  Islam)
                                sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat
                                Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995.
                            6.2  Pakaian  berbentuk  seluar  dan  baju  tanpa  lengan  tidak  dibenarkan  bagi  guru
                                perempuan.
                            6.3  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
                            6.4  Guru  yang  mengajar  pendidikan  jasmani  dikehendaki  memakai  pakaian  yang
                                sesuai.

                      7.     PERHUBUNGAN SESAMA GURU

                            7.1  Guru  sewajarnya memupuk  hubungan  peribadi  dan  professional yang  baik  dan
                                sihat  sesama  guru  dan  sentiasa  dapat  mengawal  tutur  kata  serta  mewujudkan
                                perasaan kekitaan.
                            7.2  Guru  TIDAK  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan,  fahaman,
                                pendapat,  kepercayaan  kepada  guru,  pelajar  atau  staf  sokongan  sekolah  yang
                                lain.
                            7.3  Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
                                sosial,  ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
                                wujud di sekolah.






                                                                                                      | 11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16