Page 14 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 14

19.    MESYUARAT GURU

                            19.1 Dari  masa  ke  masa  Guru  Besar  akan  memanggil  mesyuarat  guru,  kedatangan
                                semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.
                            19.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau
                                Ketua Panitia.

                      20.    TANDA NAMA

                            20.1 Semua  guru  hendaklah  memakai  tanda  nama  pada  hari  persekolahan,  majlis
                                rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

                      21.    BUKU STOK / INVENTORI

                            21.1 Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-
                                alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan PdpC.
                            21.2 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
                            21.3 Guru  hendaklah  bertanggungjawab  menggunakan  alat-alat  dengan  baik  dan
                                memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
                            21.4 Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta.
                            21.5 Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

                      22.    ARAHAN DAN PEKELILING

                            22.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
                                DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
                            22.2 Sekiranya  arahan  dan  surat  pekeliling  itu  diberi  terus,  guru  hendaklah
                                menyimpannya di dalam fail khas.
                            22.3 Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca
                                difahami dan ditandatangani.

                      23.    TELEFON / FAKS

                            23.1 Penggunaan  telefon  /  faks  hanyalah  untuk  urusan  rasmi  sahaja  dan  buku
                                penggunaan  telefon  disediakan  untuk  mencatat  nombor  panggilan  telefon  dan
                                tujuan telefon.

                      24.    PIBG & MAJLIS SEKOLAH

                            24.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.
                            24.2 Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan
                                perlu dibayar oleh guru.
                            24.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

                      25.    LARANGAN MEROKOK

                            25.1 Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’.
                            25.2 Semua  guru,  staf,  ibu  bapa  dan  pelawat  hendaklah  mematuhi  arahan  tersebut
                                pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah.






                                                                                                      | 14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19