Page 37 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 37

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

                  Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
                  pembentukan warganegara berilmu, yakin taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
                  yang  menyedari  betapa  pentingnya  usahamenuju  kearah  kebenaran  dan  kearah  pencapaian
                  hasrat  yang  gemilang,  dan  yang  percaya  kepada  demokrasi,  kebebasan  dan  prinsip-prinsip
                  Rukunegara.

                  Melalui  pendidikan,  masyarakat  dapat  membantu  anak  mudanya  memahami  kebudayaan
                  mereka,  memperolehi  pengetahuan  yang  telah  terkumpul  sejak  zaman  berzaman,  dan
                  menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa hadapan.

                  Dengan  menyedari  betapa  besarnya  tanggungjawab  membimbing  anak-anak  muda  untuk
                  mencapai  kemajuan  sepenuh-penuhnya,  maka  dengan  ini  kami  menerima  Tatasusila  berikut
                  sebagai  panduan  untuk  membolehkan  kami  menyempurnakan  profesion  kami  ke  arah  taraf
                  kesusilaan yang setinggi-tingginya.

                  I.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
                      1.  Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.
                      2.  Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
                         emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
                      3.  Merahsiakan  maklumat  iktisas  atau  sulit  mengenai  murid  kecuali  kepada  mereka  yang
                         berhak mengetahui.
                      4.  Membimbing  atau  mengajar  seseorang  murid  dalam  darjah  sendiri  atau  mata-mata
                         pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
                      5.  Menunjukkan  suatu  cara pakaian,  pertuturan  dan  tingkahlaku  yang  dapat  memberikan
                         contoh yang baik kepada murid.
                      6.  Memelihara  dan  memperbaiki  kecekapan  iktisas  melalui  pengkajian  penyelidikan,
                         lawatan  dan  menghadiri  kursus  iktisas,  persidangan,  mesyuarat  atau  seminar  supaya
                         pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

                 II.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
                      1.  Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
                      2.  Berusaha  mewujudkan  hubungan  mesra  dan  kerjasama  yang  erat  di  anatara  institusi
                         pendidikan dengan rumahtangga.
                      3.  Menganggap  semua  maklumat  yang  diberikan  oleh  ibubapa  mengenai  keadaan
                         rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
                         kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
                      4.  Memberikan  maklumat  kepada  ibubapa  demi  kepentingan  anak-anak  mereka,  dengan
                         menggunakan maklumat yang di terima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
                      5.  Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sisial dan ekonomi
                         ibubapa murid.
                      6.  Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
                         menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

                III.  TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

                      1.  Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
                         murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.





                                                                                                      | 31
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42