Page 38 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 38
2. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
4. Mengalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendikiawan masyarakat.
6. Bepegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang bolehmenjejaskan kecekapan (kami) sebagai
guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan pendidikan.
( Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah orang yang menyebarkan
ilmupengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan
pendidikan. )
BUDAYA KERJA SEKOLAH
1. Memahami dan menghayati
1.1 Falsafah Pendidikan Negara
1.2 Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan
setiap masa.
3. Mementingkan mutu dari kesan pendidikan.
4. Menentukan objektif setiap tugas.
5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalkan perkhidmatan penyanyang.
9. Kepimpinan melalui teladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
12. Kerja adalah ibadah
| 32

