Page 39 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 39

PANDUAN TUGAS

                  GURU BESAR
                  1.   Guru  Besar  adalah  bertanggungjawab  dalam  pengurusan  dan  pentadbiran  sekolah.  Beliau
                       harus  member  keutamaan  kepada  penyeliaan  yang  bercorak  akademik  kerana  kejayaan
                       sistem pendidikan adalah terletak pada pendidikan yang disampaikan kepada murid-murid.
                       Sekolah mestilah menjadikan “PENDIDIKAN BERMUTU” sebagai matlamat pentadbirannya.
                  2.   Kekesanan  pentadbiran  sekolah  bergantung  kepada  kerjasama  semua  pihak  di  pelbagai
                       peringkat.  Dengan  demikian  Guru  Besar  seharusnya  mengadakan  pengagihan  tugas  dan
                       kuasa  semua  pegawai  di  sekolahnya  supaya  kerja  dapat  dijalankan  secara  berpasukan
                       (Team Work).
                  3.   Guru  Besar  sebagai  “Profesional  Leader”  bertanggungjawab  kepada  pertumbuhan
                       profesionalisme  di  alam  perguruan.  Perkhidmatan  sokongan  seperti  unit  perkhidmatan
                       (pejabat sekolah) dan yang lainnya adalah berfungsi sebagai pembantu kepada perlaksanaan
                       pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna di bilik darjah.
                  4.   Semua  guru  dan  kakitangan  di  bawah  kepimpinan  Guru  Besar  hendaklah  dilibatkan  dan
                       merasa  terlibat  serta  bersama-sama  bertanggunggjawab  dalam  semua  aktiviti  sekolah
                       seperti :


                       4.1 PENTADBIRAN AM
                          4.1.1  Perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.
                          4.1.2  Urusan kewangan dan akaun sekolah.
                          4.1.3  Kemasukan dan pertukaran murid.
                          4.1.4  Disiplin guru dan bukan guru.
                          4.1.5  Perkembangan dan penyenggaraan kemudahan fizikal sekolah.
                          4.1.6  Disiplin murid.
                          4.1.7  Perlaksanaan  semua  arahan  dari  Kementerian  Pendidikan,  Jabatan  Pendidikan
                                Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
                          4.1.8  Bergandingan bahu dengan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
                          4.1.9  Kebajikan guru dan kakitangan bukan guru.
                          4.1.10 Hubungan luar

                       4.2 PENGURUSAN KURIKULUM
                          4.2.1  Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, bidang
                                pekerjaan, mata pelajaran dan kelas.
                          4.2.2  Pengelolaan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  di  peringkat  sekolah,  bidang
                                pekerjaan, mata pelajaran dan kelas.
                          4.2.3  Penyeliaan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
                          4.2.4  Pengawalan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
                          4.2.5  Perancangan,  pengelolaan,  penyeliaan,  penyenggaraan  dan  pengawalan  semua
                                aktiviti persatuan / kelab yang berkait dengan mata pelajaran di sekolah.

                       4.3 PENGURUSAN KOKURIKULUM
                          4.3.1  Perancangan  semua  aktiviti  kokurikulum  di  peringkat  sekolah,  bahagian,
                                pertubuhan dan kelas.
                          4.3.2  Pengelolaan semua aktiviti kokurikulum di semua peringkat sekolah.
                          4.3.3  Penyeliaan dan pengawalan semua aktiviti di semua peringkat sekolah.
                          4.3.4  Penyelarasan aktiviti kokurikulum di sekolah.
                          4.3.5  Pengurusan semua aktiviti kokurikulum yang berkaitan dan yang tidak berkaitan
                                dengan mata pelajaran di sekolah.
                          4.3.6  Pendaftaran persatuan dan kelab.



                                                                                                      | 33
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44