Page 40 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 40
4.4 PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR
Guru Besar seharusnya memastikan supaya hubungan Agensi Kerajaan, Badan-badan
Berkanun / Swasta dan orang perseorangan di bawah ini erat dan sentiasa baik dengan :
4.4.1 Jabatan Pendidikan Negeri.
4.4.2 Pejabat Pendidikan Daerah
4.4.3 Jabatan-jabatan kerajaan negeri ( berkaitan ).
4.4.4 Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan ( berkaitan ).
4.4.5 Persatuan Ibu bapa Guru.
4.4.6 Komuniti.
4.4.7 Orang perseorangan.
4.4.8 Badan swasta yang ada hubungkait dengan pendidikan.
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN / KURIKULUM
Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab bagi
melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid
dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.
1. BIDANG TUGAS
1.1 Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar di sekolah.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
1.4 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai sesi petang.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. SENARAI TUGAS
2.1 KURIKULUM
2.1.1 Menentukan perlaksanaan Kursus Pengajian.
2.1.2 Menentukan Rancangan Pengajaran Harian, Penggal, Tahunan dan lain-lain.
2.1.3 Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
2.1.4 Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan
Pusat Sumber.
2.1.5 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
2.1.6 Membantu serta membimbing dalam latihan pengajaran bagi guru-guru pelatih,
guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
2.1.7 Menentukan program televisyen dan radio pendidikan diikuti dengan sebaik-
baiknya.
2.1.8 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
2.1.9 Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan
ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
2.1.10 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
2.1.11 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri.
2.1.12 Membantu dalam menentukan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan
serta kesesuaiannya.
| 34

