Page 17 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 17

  Mengenal pasti bakat atau kebolehan kita

                      Kesukaan dan kemahiran adalah dua perkara yang berbeza.
                      Suka itu mungkin boleh jadi suatu hobi bagi kita dan kemahiran
                      pula  adalah  sesuatu  perkara  yang  kita  mahir  atau  kita  boleh

                      buat.  Kemahiran  juga  boleh  dikenali  sebagai  bakat.  Pernah
                      dengar sekolah-sekolah kemahiran atau lebih dikenali sebagai

                      Kolej  Vokasional?  Terdapat  pelbagai  bidang  yang  boleh
                      diceburi       seperti      automotif,       penghawa           dingin,      jahitan,

                      pendawaian, sistem pengaturcaraan dan pelbagai lagi.


                      Inilah  antara  kemahiran  yang  boleh  kita  kenal  pasti.  Dengan
                      kemahiran ini juga boleh menjadikan kita pakar dalam bidang

                      tersebut. Oleh itu, pastikan kita mengetahui tentang kemahiran
                      yang  ada  dalam  diri  bagi  membantu  kita  untuk  mengenali

                      pontensi diri.
                      Boleh ke boleh?



                     Bertanyalah pada  orang lain
                      Kadangkala, kita sendiri tidak pasti atau kurang yakin dengan

                      kemampuan diri sendiri. Jadi, bertanyalah pada orang lain yang
                      mengenali diri kita contohnya seperti emak ayah, adik-beradik,

                      kawan-kawan rapat, atau guru-guru.

                      Percayalah, lain orang lain pandangannya. Ada orang melihat

                      kita seperti emas. Ada pula yang melihat seperti perak dan ada

                      juga yang melihat kita seperti berlian. Walaupun ada pepatah
                      yang mengatakan “hanya jauhari yang mengenal manikam.”
                      Namun tidak menjadi suatu kesalahan jika kita bertanya pada

                      orang  sekeliling  kita.  InsyaAllah  ianya  lebih  memudahkan  kita
                      untuk mengenali potensi diri agar menjadi orang cemerlang.

                      Siapa nak berjaya, sebut SAYA!!!




                                          ©         Khalil   Ismail
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22