Page 16 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 16
Mengenal pasti impian kita
Ingat lagi impian kita sewaktu kecil-kecil dahulu? Ramai yang
berkata, nak jadi polis, tentera, askar, doktor dan sebagainya.
Namun apabila sudah dewasa, impian kita berubah. Oleh itu,
pertama sekali cara nak kenal pasti diri kita yang sebenar ialah
dengan memastikan impian yang kita pilih itu mesti bersebab.
Contohnya, impian kita untuk menjadi doktor. Sebab apa?
Mungkin kerana sebab sifat kita yang suka menolong orang
atau mungkin kita ada kisah silam yang telah membuatkan kita
mempunyai keazaman untuk menjadi seorang doktor. Dengan
impian yang betul inilah, akan membantu kita untuk mengenali
potensi diri kita.
Mengenal pasti perkara yang kita suka
Tak ramai yang gemar membaca buku namun ada juga orang
yang gemar membaca buku. Ada orang lebih mudah
menghantar motor yang rosak terus ke kedai dan ada pula lebih
suka membaiki motor itu sendiri.
Ya, setiap orang menyukai perkara yang berbeza walaupun dia
sedang berhadapan dalam keadaan yang genting atau susah.
Jadi, sedikit sebanyak akan lebih mudah untuk kita kenali
pontesi diri dengan mengetahui tentang perkara yang kita suka.
© Khalil Ismail

