Page 14 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 14

saya selalu juga menggambarkan tentang kuetiau goreng dan mulut

               berkata,  “Nak  beli  kuetiau  goreng  di  kedai  atau  masak  sendiri  di
               rumah?” Hehe.


               Memang  teringin  sangat  waktu  itu.  Nak  dijadikan  cerita,  saya  ikut
               seorang rakan jurulatih saya pergi mengendalikan program ceramah

               di  sebuah  sekolah  di  Melaka.  Selepas  habis  program,  kami  telah
               dihidangkan  dengan  kuetiau  goreng.  Woww!!  Alhamdulillah!  Tak

               sangka rezeki saya dapat makan kuetiau goreng hari tersebut selepas
               asyik  membayangkannya  dalam  minda  saya.  Jadi  memang  inilah

               fungsi  otak  kita  dan  memang  secara  tidak  langsung  perkara  ini
               berlaku. Orang putih kata ‘The Power of Mind’!



                   4) Beritahu orang lain tentang matlamat yang ingin kita capai.
               Mesti  anda  tertanya-tanya  mengapa  saya  sarankan  untuk

               memberitahu  matlamat  kita  pada  orang  lain?  Sebenarnya  kerana
               dengan  memberitahu  orang  lain  ianya  lebih  menguatkan  lagi

               semangat dan kesedaran kita tentang apa-apa yang kita nak capai.


               Saya  yakin  dan  percaya,  jika  kita  memberitahu  kepada  orang
               terdekat  kita  seperti  ibu  bapa  dan  adik-beradik  insyaAllah  mereka

               akan mendoakan yang terbaik untuk kita. Usah risau dan ambil peduli
               tentang  kata-kata  orang  lain  mengenai  impian  dan  cita-cita  kita.
               Teruskan usaha kita dan sampai masa kita bukukan kisah kejayaan

               kita untuk diberi pada orang tersebut.



               Ustaz saya ada beritahu, “kejayaan kita boleh jadi disebabkan doa
               orang-orang disekeliling kita.”

               Keep it up! Don’t give up! 







                                          ©         Khalil   Ismail
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19