Page 169 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 169

Kerangka Konsep Pendidikan Tingkatan Enam / Prauniversiti

                      1.  Kerangka Konseptual Tingkatan Enam yang merangkumi dua komponen utama iaitu
                         kurikulum dan kokurikulum.
                      2.  Matlamat pendidikan tingkatan enam adalah bagi membentuk kepimpinan menuju ke arah
                         Membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisma dan jati diri bagi
                         mendukung aspirasi nasional. Mendidik murid secara menyeluruh berdasarkan Falsafah
                         Pendidikan Kebangsaan dan berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif,
                         matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
                      3.  Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan tingkatan enam ialah kemahiran
                         kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).
                      4.  Tempoh pengajian di tingkatan enam adalah 1 ½ tahun yang merangkumi tiga penggal.
                         Penggal 1 bermula dari bulan Mei hingga November, Penggal 2 bermula dari bulan Januari
                         hingga Mei dan Penggal 3 bermula dari bulan Mei hingga November.
                      5.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan
                         Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment England. Sijil
                         STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
                         Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum
                         layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan
                         luar negara.



               Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Tingkatan 6                                   162
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174