Page 173 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 173

Tempoh Pengajian


               Tempoh pengajian di tingkatan enam adalam selama 1 ½ tahun:


                  a.  Penggal 1: Mei hingga November
                        26 minggu termasuk:
                               Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
                               Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
                               Peperiksaan Penggal 1 (P1)

                  b.  Penggal 2: Januari hingga Mei
                        20 minggu termasuk:
                               Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
                               Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
                               Peperiksaan Penggal 2 (P2)

                  c.  Penggal 3: Mei hingga November
                        26 minggu termasuk:
                               Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
                               Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
                               Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulangan 1 (U1), dan peperiksaan
                                 Ulangan 2 (U2)


               Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut
               kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2, dan P3 dalam
               tempoh pengajian selama 1 ½ tahun.


               Pentaksiran

               Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus
               (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti
               menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Murid juga mesti melaksanakan kerja kursus.

               Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka boleh memperbaiki keputusan
               peperiksaan P1 dan P2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan U2. Pentaksiran pencapaian murid dan
               keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan
               STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti berikut:


               Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 + Kerja Kursus]







               Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Tingkatan 6                                   166
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178