Page 171 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 171

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam / Prauniversiti


               Penjenamaan semula tingkatan enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia
               (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dengan hasrat untuk:

                  a.  Memperkasa pendidikan tingkatan enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan
                      setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti matrikulasi atau
                      pusat asasi sains yang merupakan salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan
                      pelajaran ke universiti
                  b.  Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan tingkatan enam
                  c.  Membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid tingkatan enam.

               Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti berikut:

                  a.  Imej dan Anjakan Minda
                  b.  Informasi dan Infrastruktur
                  c.  Pengurusan dan Pentadbiran
                  d.  Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
                  e.  Kurikulum


               Pusat Tingkatan Enam terbahagi kepada tiga Mod iaitu:

               Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) – Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang
               menempatkan hanya murid-murid tingkatan enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah
               dilantik sebagai guru tingkatan enam.
               Mod 2 – Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana
               tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh
               pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

               Mod 3 – Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar,
               tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam dan beroperasi di sekolah arus perdana.


               Kurikulum Tingkatan Enam / Prauniversiti

               Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah
               diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

               Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya
               empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai
               mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran
               STPM yang ditawarkan adalah seperti berikut;







               Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Tingkatan 6                                   164
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176