Page 170 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 170
6. Kegiatan kokurikulum tingkatan enam mesti dinilai berdasarkan format atau kaedah yang
tetap dan diiktiraf kesahan dan kebolehpercayaan hasil penilaian itu tidak dipertikaikan,
lebih-lebih lagi apabila markah kokurikulum dijadikan sebahagian daripada markah penilaian
kemasukan ke universiti awam (UA). Penstrukturan dan penjenamaan semula tingkatan
enam turut melibatkan perubahan pengoperasian kokurikulum. Oleh itu, pengurusannya
boleh diadakan secara berasingan daripada kokurikulum arus perdana.
Latar Belakang
Tingkatan enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan
lebih daripada 50 tahun dahulu.
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pascamenengah iaitu
tingkatan enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat
dua aliran yang ditawarkan untuk tingkatan enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial
(Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
Syarat Kemasukan
Syarat umum bagi kemasukan ke tingkatan enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan pelajar ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga
mata pelajaran terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala
bagi aliran Agama tidak melebihi 14. Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-
calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-
masing.
Matlamat
Tingkatan enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi dan
menyeluruh. Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara di samping mendapat
kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.
Objektif
Objektif pelaksanaan pendidikan tingkatan enam adalah untuk:
a. Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi
b. Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi
c. Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain
d. Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai
kebolehpasaran yang tinggi
e. Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina negara bangsa meliputi aspek perpaduan,
patriotisme, dan jati diri bagi mendukung aspirasi nasional
Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Tingkatan 6 163

