Page 172 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 172
Sejak penubuhannya pada tahun 1931, Komanwel telah berkembang dan
kukuh. Antara tujuan utama penubuhan Komanwel ialah untuk mengeratkan
hubungan antara negara anggota dan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai
bidang.
Fakta Menarik
• Malaysia adalah salah satu daripada 54
buah negara yang menyertai Komanwel.
• Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada
tahun 1965 di London.
• Sehingga tahun 2012, Komanwel tidak
mempunyai piagam.
Malaysia dan Bantuan Komanwel
• Pasukan tentera anggota Komanwel membantu
Malaysia semasa konfrantasi Malaysia-
Indonesia.
• Di bawah Rancangan Colombo, program
pertukaran kepakaran dilaksanakan di Malaysia.
• Melalui Perjanjian Pertahanan Lima Negara,
Britain akan membantu Malaysia jika diserang
musuh.
Australia membantu Malaysia semasa pencerobohan
Indpnesia di Sarawak.
Sumber: National Museum of Australia Program Pertukaran Jururawat Australia di bawah
Rancangan Colombo ke Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Bilakah Sekretariat Komanwel ditubuhkan?
166

