Page 173 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 173
Sebagai sebuah negara anggota, Malaysia memberikan sumbangan besar
terhadap pertubuhan Komanwel dalam pelbagai aspek.
Dasar Aparteid di Afrika Selatan
• Malaysia menentang penindasan terhadap
orang kulit hitam di bawah dasar aparteid.
• Pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman
menyuarakan bantahan terhadap dasar ini
di London.
• Afrika Selatan menarik diri daripada
Komanwel pada Mei 1961
• Para pemimpin Malaysia terus mendesak Tun Dr. Mahathir bersama Nelson Mandela,
dunia sehingga dasar ini dihapuskan pada pejuang anti aparteid.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
tahun 1993.
Commonwealth Heads of Government
Meeting (CHOGM)
• Menjadi tuan rumah CHOGM pada
tahun 1989 untuk membincangkan
pelbagai dasar dan isu semasa.
• Dalam persidangan ini juga, Deklarasi
Langkawi diisytiharkan bagi usaha
pemeliharaan alam sekitar dan
pengawalan masalah pencemaran.
Tun Dr. Mahathir di Persidangan CHOGM,
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Sukan Komanwel
• Malaysia menjadi tuan rumah Sukan
Komanwel ke-16 pada tahun 1998. Sempena dengan Deklarasi Langkawi
• Malaysia mengadakan pertandingan untuk 15 1989, 21 Oktober diisytiharkan
jenis sukan. sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia.
• Majlis pembukaan dirasmikan oleh Duli Yang
Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman.
Usaha yang diambil oleh Malaysia untuk menjayakan matlamat Komanwel
mendapat pengiktirafan dunia. Kita harus berbangga dengan pencapaian
negara tercinta.
Nota Guru 167
12.4.3 ❖ Bimbing murid memahami penglibatan Malaysia dalam Komanwel.

