Page 36 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 36
SEJARAH TAHUN 6 SK
Keunikan negeri-negeri di Malaysia
Sejarah setiap negeri adalah unik. Asal usul nama negeri, budaya setempat, tempat
bersejarah dan tempat-tempat menarik adalah menjadi warisan dan kebanggaan setiap
rakyat.
Perlis diberi nama bersempena seorang tokoh iaitu “Tok Perlis”. Perlis juga
dikatakan mendapat nama, dari perkataan Siam “Phrau Loi” yang bermaksud
kelapa hanyut.
Perlis Perlis terkenal dengan keseniannya seperti Canggung, Hadrah, Jikey
ya Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek
Gua Kelam, Gua Wang Burma, Pintu Wang Gunung, Empangan Timah Tasoh,
Bukit Merbok, Padang Besar dan Muzium Kota Kayang adalah antara tempat
bersejarah dan tempat menarik di Perlis.
Nama negeri ini berasal dari perkataan “Kheddah” yang bermaksud perangkap Gajah.
Ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki” dalam bahasa
arab, Orang india memanggil kedah dengan panggilan “Kadaram”.
Kedah terkenal dengan kesenian seperti Tarian Mek Mulung, Tarian Inai,
Wayang Kulit Gedek, Baju kurung Kedah, Legenda Mahsuri dan Raja
Bersiung. Kedah
Istana Anak Bukit, Makam Mahsuri, Muzium padi, Menara Alor Setar, Tasik Pedu,
Pulau Langkawi, Terusan Wan Mat Saman, Lembah Bujang, Gunung Jerai, Balai
Besar adalah antara tempat bersejarah dan tempat menarik di negeri Kedah.
Nama Pulau Pinang diambil sempena barisan pokok-pokok pinang di kawasan
penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai.
Pulau Pulau Pinang terkenal dengan keseniannya seperti boria. Masyarakat Cina di
Pinang Pulau Pinang juga popular dengan persembahan yang dikenali sebagai Chingay.
Antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Pulau Pinang ialah Fort
Cornwallis, Padang Kota Lama, Masjid Kapitan Keling, Bukit Bendera, Jambatan
pulau Pinang dan Kuil Kek Lok Si.
Jelaskan bagaimana anda melahirkan
Nyatakan tiga tempat menarik di negeri Kedah. rasa bangga terhadap warisan negeri-
30 negeri di Malaysia.

