Page 39 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 39
SEJARAH TAHUN 6 SK
Terdapat sumber yang menyatakan nama Sarawak berasal dari ungkapan “serah
pada awak”, iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran
negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841. Ada juga menyatakan
Sarawak mendapat nama bersempena dengan nama Sungai Sarawak.
Sarawak Sarawak terkenal dengan pelbagai budaya, seni halus dan kraf dari pelbagai
etnik tempatan. Industri kek lapis, alat muzik dan pakaian tradisional
merupakan kebanggaan masyarakat Sarawak.
Gua Niah, Gunung Mulu, Sungai rajang, empangan Bakun, Fort Margherita,
Rumah panjang, Kuching dan Masjid Negeri merupakan tempat bersejarah dan
tempat menarik di Sarawak.
Sabah mendapat namanya daripada perkataan “Saba”, iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan
penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka untuk dijadikan sumber
makanan
Pelbagai etnik terdapat di Sabah. Pakaian berwarna hitam bersama manik-manik
kaca berwarna dan hiasan kepala lebih digemari oleh masyarakat Sabah.
Sabah
Hutan Simpan Sepilok, Tingkayu, Pulau Sipadan, Gua Madai, Pulau Gaya, Gunung
Kinabalu, Kundasang, Tanjung Simpang Mengayau, Lahad Datu dan Semporna
merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Sabah.
Sumber asal usul nama negeri :
Asal Usul Negeri-Negeri Di Malaysia:
Zakiah Hanum, 1989
Pengiran Muda Hashim ialah wakil
kerajaan Brunei yang mentadbir
Sarawak. Beliau telah
menyerahkan Sarawak kepada
Gallery Walk James Brooke.
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu memilih tiga negeri dengan menyenaraikan dan menjelaskan
bagaimana menzahirkan rasa bangga terhadap warisan bagi setiap negeri yang dipilih.
3. Catat dapatan anda dalam bentuk yang kreatif dan sesuai dan persembahkan hasil
kumpulan anda.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai warisan tersendiri. Mengetahui setiap warisan
negeri dapat memupuk rasa bangga dan menghargainya agar terpelihara untuk tatapan
generasi akan datang.
33
SP 10.2.4 Nota Guru : Bimbing murid mengetahui warisan bagi negeri-negeri di Malaysia.
K 10.2.7

