Page 37 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 37
SEJARAH TAHUN 6 SK
Menurut Hikayat Merong Maha wangsa, nama Perak diberi bersempena anak
panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat ke
kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri. Nama Perak juga
diambil sempena sungai yang mempunyai ikan berwarna putih seperti perak.
Perak Di antara seni dan budaya Perak yang terkenal ialah busana 'Putera dan
Puteri Perak', pelamin Melayu Perak, seni tekat benang emas, Tarian Dabus,
seramik dan labu sayong.
Hutan Simpan Royal Belum, Gua Sam Poh Tong, Lenggong, Kota Tampan,
Muzium Taiping, Sungai Perak, Pulau Pangkor, Beruas, Pasir Salak Menara
Condong Teluk Intan adalah antara tempat menarik di negeri Perak.
Nama Selangor dikaitkan dengan nama Sungai Selangor yang terletak di Kuala Selangor
Tarian Dabus, Tarian Piring, Tarian Asli Bunga Tanjung, Tarian Makan Sirih
dan Tarian Pooja merupakan antara budaya masyarakat negeri Selangor.
Selangor
Bukit Malawati, Kota Raja Mahadi, Istana Shah Alam, Taman Templer, Batu Caves,
Kuala Selangor, Istana Jugra, I-icty merupakan antara tempat menarik dan tempat
bersejarah di Selangor.
Nama Negeri Sembilan diambil sempena sembilan negeri kecil iaitu Sungai
Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi, Jempol
yang disatukan di bawah satu pemerintahan berpusat di Seri Menanti.
Negeri Negeri Sembilan mempunyai adat dan budaya yang agak unik. Peribahasa
Sembilan "biar mati anak, jangan mati adat" menjadi pegangan hidup masyarakat
Minangkabau. Adat perpatih telah lama wujud dan kekal menjadi adat yang
unik di Negeri Sembilan.
Istana Seri Menanti, Kota Lukut, Pengkalan Kempas, Muzium Tentera Darat,
Muzium Negeri, Port Dickson merupakan antara tempat menarik dan tempat
bersejarah di negeri Sembilan.
Selain kisah Parameswara menyaksikan seekor pelanduk menendang anjingnya hingga jatuh
ke sungai dan Pokok Melaka, “Sejarah Melayu” telah menyebut “Malakat” atau “Mulagah”
digunakan oleh pedagang Arab yang membawa maksud “pusat / tempat perdagangan “.
Pelbagai adat etnik dan tradisi masyarakat Melayu, Cina, India, Baba dan
Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Dondang Sayang, Silat Melaka, Nazam, Melaka
congkak dan Tarian Portugis adalah antara kebudayaan masyarakat Melaka.
Makam Hang Tuah, Makam Dol Said, Tangga batu, A Famosa, Jonker Street,
Kampung Morten, Menara Taming Sari, Muzium Melaka, Pulau Besar dan Bukit
Cina merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Melaka.
31

