Page 38 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 38

SEJARAH TAHUN 6 SK

                              Nama Johor dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu Jauhar yang

                              bermaksud permata. Dalam Sejarah Melayu menyebut Johor sebagai Ujung Tanah


                                    Johor terkenal dengan tarian kuda kepang, zapin johor, ghazal, baju melayu
               Johor                cekak musang, baju teluk belanga dan baju riau.


                               Antara tempat menarik dan tempat bersejarah di Johor ialah Gunung Ledang,
                               Pantai Desaru, Pulau Sibu, Bukit Kepong, Air Hitam, Kota Tinggi, Batu Pahat,
                               Tanjung Piai, Istana Besar Johor, Bukit Timbalan dan Masjid Sultan Abu Bakar.


        Nama Pahang dikatakan berasal daripada sebatang pokok mahang yang merentangi sungai

        yang besar. Dalam bahasa Khmer pula, Pahang bermaksud “timah” yang dikaitkan dengan
        Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.

        Pahang terkenal dengan Lagu-lagu Gendang Pahang, Lagu rakyat Pahang,

        Joget Pahang dan Silat Lela Sembah Diraja Pahang.
                                                                                                    Pahang

        Antara tempat menarik dan tempat bersejarah di pahang ialah Cameron Highland,
        Genting Highland, Bukit Fraser, Taman Negara, Gunung Tahan, Gunung Senyum,

        Kuala Tembeling, Pulau Tioman, Tasik Chini, Tasik Bera dan Sungai Pahang.



                               Nama Terengganu dikatakan berasal dari penemuan taring di Pulau Duyong.
                               Saiz taring yang besar disebut sebagai “Taring anu”, sungai di mana taring
                               tersebut dijumpai juga dikenali sebagai “Sungai Taring Anu”.

                                   Terengganu terkenal dengan tarian ulik mayang, industri batik dan songket,
          Terengganu               Teater Rodat, gamelan Terengganu dan seni bina rumah Terengganu.


                          Taman Tamadun Islam, Jambatan angkat, Gunung Bewah, Tasik Kenyir, Bukit Puteri,
                          Pasar Payang, Pulau Redang, Rantau Abang, Tasik Kenyir, Istana Maziah dan Istana
                          Syarqiyyah merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Terengganu.


        Dalam catatan China disebut “Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”.  Nama Kelantan juga dikatakan

        bersempena dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang tumbuh di pesisir pantai negeri
        Kelantan pada ketika itu. Ada juga yang menyebutnya sebagai kolamtanah yang akhirnya

        menjadi Kelantan

        Kelantan terkenal dengan wayang kulit, dikir barat, mak yong, wau bulan,
        industri batik dan juga permainan gasing.
                                                                                                   Kelantan


        Masjid Kampung Laut, Pantai Sabak, Kuala Krai, Gua Musang, Rantau Panjang,
        Pasir Puteh, Pasar Siti Khadijah, Pasar Tok Guru, Muzium wau dan muzium perang

        merupakan antara tempat bersejarah dan tempat menarik di Kelantan.
                                                           32
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43