Page 12 - KPG FASA II final report e isbn
P. 12
LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019
TUJUAN KAJIAN
Kajian Pengesanan Graduan IPG Fasa II 2019 ini dijalankan sebagai satu usaha
berterusan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan oleh IPG. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum
balas mengenai tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada graduan di
sekolah sebagai guru permulaan. Hasil kajian ini akan digunakan untuk menambahbaik
sistem latihan pendidikan guru khususnya bagi meningkatkan profesionalisme dan
kualiti guru.
OBJEKTIF KAJIAN
KPG PISMP Fasa II 2019 dijalankan bagi mengenal pasti tiga (3) objektif seperti yang
berikut:
i. Maklumat taburan graduan mengikut IPG
ii. Maklumat umum penempatan graduan berdasarkan;
a. negeri;
b. lokasi sekolah;
c. jawatan.
iii. Maklumat penempatan dan pengajaran di sekolah berdasarkan;
a. mata pelajaran opsyen diajar;
b. mata pelajaran elektif diajar;
c. mata pelajaran lain diajar;
d. pelibatan dalam sukan/permainan;
e. pelibatan dalam Unit Beruniform;
f. pelibatan dalam kelab/persatuan (akademik);
g. tugas akademik yang lain; dan
h. tugas-tugas lain;
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian kajian ini menyumbang maklumat kepada pihak pembuat keputusan di
IPG KPM untuk membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dikemukakan.
Antara cadangan penambahbaikan adalah menambah baik aspek penawaran opsyen
3

