Page 14 - KPG FASA II final report e isbn
P. 14

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019









                 BAB 2: METODOLOGI KAJIAN



                 PENGENALAN


                 Bab ini akan melaporkan reka bentuk kajian, kaedah persampelan dan pengumpulan
                 data, instrumen kajian dan kaedah penganalisisan data.



                 REKA BENTUK KAJIAN

                 Kajian  ini  adalah  kesinambungan  daripada  KPG  Fasa  I  2019  yang  menggunakan
                 kaedah  kajian  tinjauan  hirisan  rentas  (cross-sectional  study)  di  mana  data  yang

                 dikumpul secara tinjauan mewakili sampel pada satu masa sahaja (Cherry, 2019; Lay

                 & Khoo, 2019; Wang & Cheng, 2020). Kajian ini juga dikenali sebagai kajian deskriptif
                 yang mengumpul maklumat semasa sampel untuk menyokong kajian masa depan.




                 KAEDAH PERSAMPELAN DAN PENGUMPULAN DATA

                 KPG Fasa II 2019 melibatkan seramai 2,229 orang graduan PISMP 2019.  Graduan
                 telah dihubungi melalui e-mel untuk menjawab soal selidik melalui Sistem Pengesanan

                 Graduan  (SiSPeG).  Walau  bagaimanapun,  hanya  966  graduan  (43.3%)  sahaja
                 memberikan maklum balas. Setelah mengambil kira aras keyakinan (95%) dan margin

                 kesilapan  (5%),  bilangan  seramai  328  orang  responden  adalah  mencukupi  untuk

                 dianalisis berdasarkan  saiz  sampel  Kalkulator  Raosoft  (QualtricsXM,  2021;  Raosoft,
                 2021).



                 INSTRUMEN KAJIAN

                 Instrumen soal selidik ditadbir secara dalam talian dengan memberi peluang kepada
                 graduan untuk memilih pelbagai pilihan jawapan yang disediakan. Soal selidik terdiri

                 daripada  tiga  bahagian  utama,  iaitu  maklumat  taburan  graduan  mengikut  IPG,

                 maklumat umum penempatan graduan dan maklumat penempatan dan pengajaran di
                 sekolah.

                                                                                                               5
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19