Page 144 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 144

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 136

               tahap kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor di Malaysia.
               Kaunseling  pelbagai  budaya  telah  didefinisikan  sebagai  mana-mana  perhubungan
               kaunseling antara dua orang atau lebih ahli yang mempunyai perbezaan dari segi latar
               belakang budaya, nilai dan gaya hidup (Nugent, 1994). Menurut Lee dan Richardson
               (1991)  di  dalam  Faizah  Farizan  (2019),  apabila  budaya  dirujuk  kepada  sama  ada
               bangsa atau etnik, pelbagai cara yang sesuai mungkin perlu dipertimbangkan dalam
               mengendalikan  kaunseling  dengan  klien  dari  pelbagai  latar  belakang  budaya.
               Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan ketika penulisan artikel ini lakukan, didapati
               tidak banyak kajian mengenai kaunseling pelbagai budaya di kaji di Malaysia, mungkin
               bidang  ini  tidak  mendapat  perhatian  yang  lebih  menyeluruh  berbanding  kajian
               mengenai aspek kaunseling yang lain. Malahan kajian yang lima tahun yang terkini
               juga hanya ada satu. Biarpun sebegitu, menyedari keperluan semasa di dalam era
               pandemik  akibat  penularan  virus  Coronavirus  atau  Covid-19  ini  kajian  mengenai
               kaunseling pelbagai budaya ini perlu dilakukan kerana perbezaan kita bukan hanya
               dari  segi  budaya  malah  isu  gender  juga  boleh  menjadi  silang  budaya  di  dalam
               kaunseling.

                       Menerusi  artikel  ini,  pengkaji  ingin  mengetahui  dengan  lebih  mendalam
               mengenai tahap kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor.
               Oleh  yang  demikian,  pengkaji  melaksanakan  kajian  literatur  sistematik  ini  yang
               berfokus  kepada  isu  kecekapan  kaunseling  pelbagai  budaya  agar  eksplorasi
               mengenai bidang ini dapat dilaksanakan.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Tujuan kajian ini adalah untuk:
               (i) Membincangkan berkenaan tahap kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam
               kalangan kaunselor.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini merupakan kajian literatur sistematik dan analisis data melalui data yang
               diperolehi dari laporan – laporan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu.

               Strategi carian

               Kajian literatur sistematik ini dijalankan selaras dengan kriteria Systematic Literatur
               Reviews (SLR). Beberapa pangkalan data elektronik seperti Ebcohost, ProQuest, dan
               Sage  Journals  telah  digunakan.  Di  samping  itu,  laman  web  utama  Google  juga
               digunakan  untuk  kajian  ini.  Istilah  yang  digunakan  dalam  proses  carian  adalah
               "Kecekapan",  "Kaunseling  Pelbagai  Budaya",  "Kaunselor"  dan  lain-lain  bukti  yang
               berkaitan. Gambar rajah aliran ditunjukkan dalam Rajah 1.
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149