Page 143 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 143

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 135

                 KECEKAPAN KAUNSELOR MENANGANI ISU  PELBAGAI BUDAYA: KAJIAN
                                              LITERATUR SISTEMATIK


                   1 Shahida Nalini Mat Sabri,  Yusni Mohamad Yusop (PhD),  Zaida Nor Zainudin
                                               2
                                                                                 3
                                             4
                                      (PhD),  Wan Norhayati Wan Othman (PhD)

                             1,2,3,4  Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia


                                                    ABSTRAK


               Kebanyakkan  guru  bimbingan  dan  kaunseling  mahir  dalam  melaksanakan  sesi
               kaunseling  yang  rutin  seperti  dalam  bidang  kerjaya  ,  psikosial,  dan  juga  displin.
               Namun, kemahiran dalam mengendalikan sesi kaunseling pelbagai budaya ini masih
               lagi menjadi tanda tanya. Tujuan kajian literatur sistematik ini  adalah untuk untuk
               mengetahui  kompetensi  kaunselor  dalam  kaunseling  pelbagai  budaya  bagi
               memudahkan penyediaan penyampaian perkhidmatan yang sesuai dengan budaya
               dan latihan pelbagai budaya.. Penulisan ini akan menggunakan kaedah menganalisis
               data-data kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik yang terdahulu untuk melihat
               kecekapan  kaunselor  terhadap  kaunseling  pelbagai  budaya.  Hasil  dapatan  yang
               diperolehi  daripada  10  kajian  yang  lepas  mendapati  kecekapan  kaunselor  dalam
               kaunseling  pelbagai  budaya  berada  di  tahap  yang  sederhana,ada  yang  berada  di
               tahap yang tinggi dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan kaunseling
               silang  budaya.  Kesimpulannya,  pelbagai  latihan  mengenai  kaunseling  pelbagai
               budaya perlu disebarluaskan kepada para kaunselor agar dapat melahirkan kaunselor
               yang mempunyai kecekapan yang tinggi dalam kaunseling pelbagai budaya ini.

                (Kata Kunci : Kecekapan Kaunseling Pelbagai Budaya , kajian literatur sistematik)



               PENDAHULUAN

                       Keperluan  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  di  Malaysia  semakin
               mendapat  tempat  dan  meliputi  semua  lapisan  masyarakat  terutamanya  dari  segi
               perubahan  sosial  yang  menyentuh  kepada  perubahan  budaya  dan  cara  hidup
               masyarakat. Bermula dengan bimbingan dan kaunseling di sekolah, perubahan sosial
               yang  berlaku  telah  memperlihatkan  kepentingan  kaunseling  sebagai  perkara  yang
               utama  dalam  masyarakat.  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM),  melalui
               Pekeliling  KP5209/35(4),  telah  menguatkuasakan  pelantikan  guru  bimbingan  dan
               kaunseling di sekolah untuk memainkan peranan penting sebagai agen perubahan
               dalam  aspek  pembangunan  modal  insan  untuk  memacu  agenda  pembangunan
               negara.  Jadi  timbul  pertanyaan  adakah  kaunselor  di  Malaysia  terutama  kaunselor
               yang berada di sekolah mampu untuk menjalankan sesi dalam kaunseling pelbagai
               budaya memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa,
               budaya dan juga gaya hidup.  Justeru, penulisan ini akan menjelaskan berkenaan
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148