Page 139 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 139

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 131

                       Menurut Bishop (2016), pelajar sering mendapatkan khidmat kaunseling untuk
               hubungan sosial dan mempelajari strategi mengatasi untuk meningkatkan hubungan
               sosial di kampus (Gallagher, 2012). Malah menurut Willie et. al., (2019), keperluan
               kaunseling merupakan keperluan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyelesaikan
               masalah  yang  dihadapi  mereka  setiap  hari  dan  juga  penting  dalam  peningkatan
               keperibadian diri (Biswas & Aggarwal, 1971). Tambahan lagi menurut teori Tingkah
               Laku Terancang (Ajzen, 2007) dalam Chen et. al., (2017), banyak yang menjelaskan
               tingkah  laku  mencari  pertolongan  dengan  melihat  faktor  pemboleh  ubah  kognitif
               sosial,  termasuk  sikap,  norma  subjektif,  dan  kawalan  tingkah  laku  yang  dirasakan
               dalam menilai tingkah laku mencari bantuan.

                       Oleh  itu  menurut  Mahfar,  Idrus,  Sabri  &  Halim  (2018).,  Jas  Lailie  (2002)
               menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan sering
               merasakan  dirinya  tidak  mampu  bergaul  dengan  dengan  masyarakat.  Malahan,
               pelajar  sebegini  sering  gagal  dalam  pergaulan  dan  tidak  mampu  membina  tali
               persahabatan sehingga mereka menjadi kesunyian  dan tertekan. Justeru, masalah
               yang  dihadapi  oleh  pelajar  ini  adalah  faktor  yang  mendorong  mereka  dalam
               mendapatkan  perkhidmatan  kaunseling  bagi  menyelesaikan  permasalahan  yang
               dihadapi. Menurut Cramer (1999), faktor penyembunyian diri (self-concealment) juga
               adalah salah satu faktor yang mendorong pelajar dalam mendapatkan perkhidmatan
               kaunseling. Penyembunyian diri berlaku apabila seseorang pelajar berasa takut dan
               malu untuk berkongsi maklumat diri dengan ibubapa atau pelajar lain. Keadaan ini
               akan  memberi  tekanan  yang  tinggi  terhadap  pelajar  tersebut  yang  akhirnya
               mendorong mereka mendapatkan perkhidmatan kaunseling (Cramer, 1999).

                      Namun  bagi  pelajar  yang  tidak  begitu  ingin  mendapatkan  perkhidmatan
               kaunseling menurut Chen et. al., (2017) menyatakan jika masalah yang teruk seperti
               tingkah laku seksual pra-perkahwinan, kehamilan remaja, dan penyalahgunaan bahan
               (Omar et al., 2010) disembunyikan daripada kaunselor kerana ini adalah tingkah laku
               yang melanggar harapan keluarga dan sosial. Selain itu menurut kajian oleh Aida et
               al. (2012), 49.1% pelajar berpendapat bahawa masalah mereka tidak terlalu serius,
               yang  menyumbang  kepada  kegagalan  menggunakan  perkhidmatan  rawatan
               kesihatan.

               KESIMPULAN

                    Konklusinya, kajian ini meneliti hubungan spiritual, daya tahan dan strategi daya
               tindak pelajar penyalahgunaan bahan dalam mendapatkan perkhidmatan Bimbingan
               dan  Kaunseling.  Setelah  dibincangkan  dapat  dilihat  sejauhmana  tahap  antara
               pemboleh  ubah  tersebut  mempengaruhi  dalam  mendapatkan  perkhidmatan
               Bimbingan  dan  Kaunseling.  Diharapkan  dari  hasil  dapatan  ini  dapat  memberikan
               sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada semua pihak.
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144