Page 106 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 106
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
TaSK
Dr. Isyah Radhiah binti Idris, Faridon bin Baharin,
Rabaishah binti Azirun, Dr. Nabiroh binti Kassim,
Nor Alniza binti Azman
IPG Kampus Pendidikan Islam
SINOPSIS
TaSK adalah ringkasan tajuk Tahsin Solat Khusyuk. TaSK merupakan modul
yang lengkap merangkumi Kisah-kisah Motivasi Solat, Wuduk Khusyuk, Solat
Khusyuk dan Wirid Khusyuk. Modul ini berbentuk himpunan tajuk-tajuk penting
dalam melaksanakan solat dengan khusyuk dan ilmu tambahan sebagai
pelengkap kepada ilmu yang sedia ada. TaSK juga dimudahkan dengan BBM
TaSK dan boleh diaplikasikan melalui penggunaan internet, komputer, dan
lain-lain. Kaedah pembinaan projek ini menggunakan modul dan aplikasi
multimedia interaktif. Penggunaan multimedia pembelajaran secara digital
boleh dimanfaatkan di pelbagai tempat dan masa dengan menggunakan
komputer. Tujuan TaSK dan BBM TaSK adalah untuk membantu pengguna
mempelajari secara menyeluruh berkaitan penghayatan wuduk dan solat.
Melalui TaSK juga, peserta mampu khusyuk ketika berwuduk, khusyuk ketika
bersolat dan khusyuk ketika berwirid dengan menghayati doa-doa dan bacaan-
bacaan contoh serta maksud untuk kemudahan pengguna. Impak kepada
pengguna, BBM TaSK menyediakan bahan sokongan kepada para jurulatih
menyampaikan modul TaSK.
RASIONAL PROJEK
Sebelum inovasi ini dilaksanakan, pengkaji telah menemu bual secara rawak
pelajar PISMP Semester 8 yang akan bergraduat dan juga pelajar-pelajar IPG
selain pelajar Semester 8. Hasil temu bual mendapati bahawa pelajar-pelajar
tidak mengingati 13 rukun solat. Pengkaji juga telah mengedarkan 50 lembaran
kertas soal selidik kepada pelajar berkaitan 13 rukun solat dan penghayatan
wuduk khusyuk. Keseluruhan pelajar tidak menjawab dengan betul.
Tajuk Solat Fardu dalam bidang Ibadat telah dipelajari dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala di IPG
pula, kursus PIM1034 Pengantar Fiqh juga mengandungi tajuk Solat Fardu
menjadi subjek teras kepada pelajar PPISMP semester 1. Namun didapati
pelajar tidak bersolat (data pemerhatian secara rawak semasa ceramah), tidak
berjemaah di masjid atau surau, solat akhir waktu, solat tidak khusyuk dan
terdapat kesan negatif dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Terdapat
juga pelajar tidak mengingati 13 rukun solat, tidak menghayati doa-doa amali
wuduk dan tidak mengerjakan solat dengan khusyuk.
97

