Page 107 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 107

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Wajar dibina satu modul sebagai pelengkap, penambah ilmu, ilmu tambahan,
                        lebih menjurus ke arah penghayatan, merangkumi hikmah yang mendalam,
                        disusuli falsafah rukun dan sunat wuduk dan juga solat. Modul ini dinamakan
                        Modul TaSK.

                        Di  samping  Modul  Tahsin  Solat,  terdapat  BBM  TaSK  yang  lebih  menarik
                        perhatian  dan  penumpuan  pelajar  kerana  terdapat  visual,  audio  dan
                        pergerakan dalam perisian interaktif tersebut yang membantu memudahkan
                        pelajar mengingat dan mengamati isi penting yang terdapat dalam modul ini.
                        Selain itu juga, modul tahsin solat interaktif ini boleh dibuat pengulangan dan
                        latih  tubi  secara  kendiri  untuk  lebih  menguasai  dan  lebih  mantap  dalam
                        pengamatan.

                        Projek  TaSK  menjurus  kepada  bidang  Inovasi  Sosial  Kategori  Inovasi
                        Penambahbaikan.  Projek  ini  bersesuaian  dengan  Falsafah  Pendidikan
                        Kebangsaan yang menitik beratkan keseimbangan JERIS. Melalui penerapan
                        nilai-nilai  yang  terdapat  di  dalam  ibadat  solat,  akan  membentuk  seseorang
                        menjadi insan yang sempurna dan menjadi tonggak kepada sesebuah negara.

                        Maka, akan lahir pelajar dan masyarakat yang menepati kehendak dan tujuan

                        solat  dilaksanakan.  Sebagaimana  maksud  ayat  Al-Quran  surah  Al-Ankabut
                        ayat 45 iaitu solat yang dikerjakan mampu menjadikan seseorang itu menjauhi
                        perkara keji dan mungkar.



                        Tujuan  TaSK  adalah  untuk  membantu  pengguna  mempelajari  secara
                        menyeluruh  berkaitan  penghayatan/khusyuk  ketika  berwuduk,  bersolat
                        dengan khusyuk dan wirid khusyuk dengan menghayati doa-doa wuduk dan
                        bacaan-bacaan dalam solat serta wirid-wirid selepas solat. Terdapat formula
                        13 rukun solat menggunakan jari jemari.




                        STRATEGI PENYELESAIAN
                        TaSK  merupakan  Modul  yang  lengkap  mengandungi  Kisah-kisah  Motivasi
                        Solat, Wuduk Khusyuk, Solat Khusyuk dan Wirid Khusyuk. TaSK mengandungi
                        doa-doa  untuk  menghayati  amali  wuduk  dan  amali  solat.  BBM  TaSK
                        merupakan  media  pembelajaran  secara  digital  yang  boleh  diaplikasikan
                        melalui  penggunaan  internet,  komputer,  dan  lain-lain.  Kaedah  pembinaan
                        projek  inovasi  ini  menggunakan  aplikasi  multimedia  interaktif.  Penggunaan
                        multimedia pembelajaran secara digital boleh dimanfaatkan di pelbagai tempat
                        dan masa dengan menggunakan telefon pintar dan komputer.





                                                               98
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112