Page 110 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 110

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Nilai tambah


                        Modul TaSK dibantu dengan aplikasi BBM TASK ini secara peribadinya dapat
                        meningkatkan  imej  dan  kemuliaan  insan  yang  menguasai  ilmu  agama,
                        memperkayakan keilmuan mereka sekali gus meninggikan izzah ummah dan
                        negara.  Malahan  membantu  ummah  mempelajari  solat  secara  efektif  dan
                        mudah.


                        Manfaat kepada organisasi

                        Secara  tidak  langsung,  Modul  Tahsin  Solat  turut  memperkenalkan  IPGKPI
                        kepada  masyarakat  sekali  gus  menjadi  satu  bentuk  sumbangan  kepada
                        komuniti.  Selain  itu,  ia  juga  meningkatkan  kejelekitan  dalam  kalangan
                        pensyarah JAPIM khususnya dan warga IPGKPI amnya.

                        Bukti


                        Bukti boleh diperoleh daripada keputusan setiap pelajar yang tamat belajar di
                        IPG yang akan menguasai peribadi unggul sesudah peperiksaan/ujian/pra dan
                        pasca  ujian/anugerah  dan  pengiktirafan  menguasai  TaSK.  Di  samping  itu,
                        mereka  juga  mampu  menjadi  imam  solat  fardu  dan  sunat  tarawih  dalam
                        kalangan  masyarakat.  Ilmu  yang  diperoleh  juga  dapat  dikongsi  melalui
                        success stories, refleksi pelajar dan sebagainya. Bukti juga disertakan dalam
                        bentuk  portfolio  dan  diajarkan  kepada  orang  lain  yang  ingin  belajar.  Ini
                        menunjukkan bahawa projek ini dapat dicetak dan/atau dibuat portfolio digital.
                        Hal ini memberi kesan yang positif kepada perubahan sikap dan kemahiran
                        sosial  pelajar.  TaSK  mampu  memberi  mereka  sentiasa  bermotivasi  dalam
                        mengerjakan solat dengan khusyuk sama ada melalui Modul TaSK ataupun
                        BBM  TaSK.  Anugerah  dan  pengiktirafan  Modul  dan  perluasan  Modul  ini


                        adalah melalui Gambar 1 dan gambar 2 kod QR dan pautan berikut:












                           https://drive.google.com/file/d/1y9YFjZan8q63_AS7 hthttps://drive.google.com/file/d/1AQvXOpGTAOXpi
                              1KiF8P6h6cZF0nCN/view?usp=sharing        tQYEd46ceO_7TEJ3a03/view?usp=sharing


                          Gambar 1: Anugerah dan Pengiktirafan       Gambar 2: Perluasan dan Komersialisasi



                                                               101
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115