Page 118 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 118

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                                          Buku Qaseh
                                         Zurinah Binti Ahmad, Dr. Norsiah Binti Bahari
                                                      Mustaffa Bin Jantan
                                              IPG Kampus Perempuan Melayu

                                                          SINOPSIS

                        Buku  Qaseh  ini  dibangunkan  atas  rasa  tanggungjawab  untuk  membantu
                        kanak-kanak  berkeperluan  khas  khususnya  yang  berada  di  peringkat  awal
                        kanak-kanak. Buku ini terhasil setelah melihat keberkesanan Quiet Book yang
                        direka bentuk oleh Ummu Qistina (2018) untuk seorang kanak-kanak celebral
                        palsy.  Buku  ini  diinovasi  bagi  membantu  guru-guru  pendidikan  khas
                        prasekolah dalam memenuhi kekurangan bahan bantu mengajar yang sesuai
                        dan efektif untuk digunakan oleh murid berkeperluan khas (MBK) prasekolah.
                        Ini  kerana  hasil  dapatan  dari  pemerhatian  dan  temu  bual  mendapati  MBK
                        mempunyai masalah dari segi komunikasi, estim kendiri dan motor halus dan
                        kasar.  Justeru, buku ini dibangunkan dengan mendasari Dokumen Standard
                        Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)  Semakan  2017  Kurikulum  Standard
                        Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (KSPK) agar boleh diguna pakai
                        oleh  guru-guru  Pendidikan  Awal  Kanak-kanak  Pendidikan  Khas  Masalah
                        Pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, estim kendiri dan
                        motor halus dan kasar MBK prasekolah.  Ini bertepatan dengan permasalahan
                        yang dikemukakan oleh beberapa orang guru Prasekolah Integrasi Masalah
                        Pembelajaran  iaitu  kekurangan  alat  bantu  mengajar  yang  sesuai  dan
                        berkesan.  Hasil  ujian  rintis  dan  melalui  kaedah  temu  bual  yang  dijalankan
                        terhadap seorang guru Program Pendidikan Khas Intergrasi Pendidikan Awal
                        Kanak-kanak  (PPKI-PAKK)  dan  10  orang  murid  PPKI-PAKK  di  sebuah
                        sekolah  rendah  di  Melaka  mendapati  buku  ini  berjaya  meningkatkan
                        komunikasi, estim kendiri dan motor halus murid pendidikan khas awal kanak-
                        kanak.


                        RASIONAL PROJEK

                        i.  Guru pendidikan khas pendidikan awal kanak-kanak menghadapi masalah
                            dalam  mencari  dan  mendapatkan  bahan  bantu  mengajar  (BBM)  yang
                            sesuai,  berkesan  dan  selamat  dalam  proses  pengajaran  dan
                            pembelajaran.    Bahan-bahan  yang  dibekalkan  dan  yang  terdapat  di
                            pasaran  tidak  memenuhi  kriteria  dari  segi  keselamatan  dan  kurang
                            menepati  tema/kurikulum  serta  kurang  membantu  dalam  merancang
                            Rancangan Pendidikan Individu (RPI).


                       ii.  Murid  berkeperluan  khas  (MBK)  memerlukan  bahan  yang  boleh
                            membantu  mereka  untuk  meningkatkan  konsep  kendiri  dan  seterusnya
                            meningkatkan komunikasi serta motor halus mereka dalam proses PdP.
                            Ini  adalah  kerana  ketiga-tiga  elemen  ini  merupakan  faktor  penting  dan
                            utama dalam menambah kemahiran-kemahiran lain.




                                                               109
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123