Page 120 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 120

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Buku  ini  telah  disemak  bagi  mendapatkan  kesahan  kandungan oleh empat
                        orang pakar.  Hasil dapatan menunjukkan kesemua item berada di skala 4
                        (setuju) dan 5 (sangat setuju).

                        Uji  lari  telah  dijalankan  di  SK  Malim  Program  Pendidikan  Khas  Integrasi
                        Pendidikan  Awal  Kanak-kanak  (PPKI-PAKK)  dan  mendapat  maklum  balas
                        yang sangat positif daripada guru PPKI-PAKK.

                        Sumber/Model

                        Buku  Qaseh  terhasil  daripada  idea  Quiet  Book  yang  merupakan  prototaip
                        pertama  bagi  inovasi  ini.    Penambahbaikan  dibuat  bagi  memastikan  Buku
                        Qaseh  dapat  digunakan  oleh  guru-guru  Pendidikan  Khas  Pendidikan  Awal
                        Kanak-kanak  dan  MBK  prasekolah  serta  ibu  bapa.  Penambahbaikan  dan
                        penghasilan  buku  ini  juga  berdasarkan  temu  bual  dengan  beberapa  guru
                        Program  Pendidikan  Khas  Integrasi  Pendidikan  Awal  Kanak-kanak  dan
                        menggunakan  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)
                        Semakan  2017  Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  Pendidikan
                        Khas (KSPK) sebagai panduan.

                        PENGGUNAAN


                        Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi, Pendidikan Awal Kanak-kanak, SK
                        Malim telah menggunakan buku ini selama hampir tiga bulan iaitu bermula dari
                        6 Januari 2019 hingga 14 Mac 2020 setiap hari.  Maklum balas yang diterima
                        daripada guru amat positif dan memberangsangkan.  Murid-murid teruja dan
                        seronok menggunakan buku ini.  Penggunaan buku ini dapat membantu dalam
                        proses PdP dan juga membantu guru untuk merancang RPI. Daripada temu
                        bual dengan guru yang menggunakan buku ini, didapati terdapat peningkatan
                        dalam  komunikasi,  estim  kendiri  dan  motor  halus  dan  kasar.    Selain  itu,
                        terdapat  peningkatan  dalam  motivasi  kendiri  murid  dan  buku ini  juga  telah
                        dijadikan  sebagai  token/ganjaran/penggalak  untuk  murid-murid  melakukan
                        tugasan. Emosi murid juga lebih stabil dengan penggunaan buku ini dan dapat
                        fokus dengan lebih lama. Masalah tantrum dapat diatasi.












                                                               111
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125