Page 123 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 123

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Selepas  penggunaan  seawal  dua  minggu  Buku  Qaseh,  kanak-kanak
                        prasekolah  pendidikan  khas  telah  menunjukkan  perubahan  yang  sangat
                        positif.    Mereka  menunjukkan  peningkatan  kemahiran  komunikasi,  estim
                        kendiri dan motor halus dan kasar.

                        Guru  dapat  menjadikan  buku  ini  sebagai  sumber  untuk  memotivasi  MBK
                        dalam  menjalani  aktiviti.    Buku  ini  juga  telah  memudahkan  guru  untuk
                        membuat Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Kanak-kanak ini telah dapat
                        mencapai standard pembelajaran yang perlu dicapai lebih awal berbanding
                        sebelum penggunaan Buku Qaseh.

                        Dengan penggunaan buku Qaseh, kanak-kanak prasekolah pendidikan khas
                        berumur 4 dan 5 tahun yang berada di tahap rendah telah dapat meningkatkan
                        kemahiran pengamatan, imaginasi, berkomunikasi, melakar, kreatif dan kritis
                        serta menunjukkan tingkah laku positif yang memberangsangkan.

                        Dapat meningkatkan daya persediaan melalui pendedahan realiti dan praktikal
                        MBK. Melalui pemerhatian dan temu bual dengan guru Program Pendidikan
                        Khas  Intergrasi  PAKK,  penggunaan  Buku  Qaseh  telah  berjaya  mengubah
                        tingkah laku, sikap murid dan meningkatkan kemahiran sosial murid.  Murid
                        yang sebelum ini merupakan murid yang selalu tantrum di rumah dan ketika
                        dihantar ke kelas berubah menjadi murid berminat untuk datang ke sekolah
                        dan dapat fokus terhadap aktiviti yang dijalankan.

                        Murid-murid menunjukkan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
                        Mereka  turut  bermotivasi  untuk  menjalankan  aktiviti  dan  gerak  kerja  yang
                        dirancang.  Mereka  juga  didapati  boleh  bermonolog  dan  bercerita  serta
                        berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dengan penggunaan Buku Qaseh.

                        Terdapat ibu bapa yang memaklumkan akan perubahan tingkah laku positif
                        anak  mereka  di  rumah  seperti  lebih  fokus  dan  menunjukkan  peningkatan
                        dalam bersosial.

                        Temu  bual  Buku  Qaseh  bersama-sama  guru  Program  Pendidikan  Khas
                        Intergrasi Pendidikan Awal Kanak-kanak - SK Malim, Melaka.











                                                               114
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128