Page 128 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 128

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                         Serai Wangi Satu Alternatif Mencegah Kehadiran Nyamuk di IPGKPM
                                       Dr. Norsiah binti Bahari, Dr. Zalela binti Abd Aziz,
                                        Dr. Fauziah binti Yahya, Habibah binti Buang,
                                                    Roslizah binti A. Samad
                                              IPG Kampus Perempuan Melayu

                                                          SINOPSIS

                        Satu  kajian  penggunaan  serai  wangi  sebagai  pencegah  kehadiran  nyamuk
                        Aedes sp. telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan
                        Melayu  Melaka  (IPGK  PM),  selama  empat  bulan  bermula  dari  bulan  April
                        sehingga Julai 2019. Kajian ini bertujuan melihat kesan penggunaan pokok
                        serai wangi bagi mencegah kehadiran nyamuk Aedes sp. di tiga lokasi terpilih
                        di IPGK PM iaitu di Jabatan Pra Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas dan Unit
                        Praktikum yang telah dikenal pasti berpotensi untuk kehadiran nyamuk Aedes
                        sp. Pensampelan nyamuk Aedes sp. dijalankan menggunakan kaedah ovitrap.
                        Dapatan menunjukkan bahawa populasi Aedes sp. berkurangan di tiga lokasi
                        tersebut apabila pokok serai wangi diletakkan di sekitar ovitrap. Garisan linear
                        pada  graf  analisis  membuktikan  pengurangan  bilangan  nyamuk  Aedes  sp.
                        yang  hadir  apabila  serai  wangi  diletakkan  di  ketiga-tiga  lokasi.  Kajian  ini
                        menunjukkan  bahawa  pokok  serai  wangi  dapat  bertindak  sebagai  kawalan
                        biologi untuk mencegah kehadiran nyamuk. Di samping penjagaan kebersihan
                        persekitaran, pokok serai wangi wajar ditanam di kawasan persekitaran IPGK
                        PM  sebagai  usaha  mencegah  kehadiran  nyamuk  Aedes  aegypti  bagi
                        mengawal penyebaran pelbagai penyakit akibat vektor nyamuk.


                        RASIONAL PROJEK

                        Kajian populasi Aedes telah dijalankan pada bulan Mac hingga April 2019
                        berikutan peningkatan wabak demam denggi di daerah Melaka Tengah. Pada
                        25 Mei 2019 dilaporkan terdapat 635 kes kes denggi berbanding 131 kes
                        pada tahun 2018. Peningkatan sehingga 384 kes denggi ini (73%) adalah
                        bagi  daerah  Melaka  Tengah  sahaja.  IPGK  PM  juga  merupakan  kawasan
                        jangkitan  penyakit  demam  denggi.  Hal  ini  kerana  terdapatnya  tiga  orang
                        pelajar  IPGK  Perempuan  Melayu  yang  telah  dijangkiti  demam  denggi
                        bermula dari bulan April sehingga Julai 2019. Perkara ini wajar dipandang
                        serius kerana demam ini boleh mengakibatkan kematian.


                         Objektif Projek

                         i.  Mencegah kehadiran nyamuk Aedes sp. di kawasan terpilih di IPGK
                            PM.

                         ii.  Menyediakan  persekitaran  pengajaran  dan  pembelajaran  yang
                            selamat, selesa dan kondusif kepada pensyarah dan pelajar.


                                                               119
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133