Page 156 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 156

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                         RAYYAN RAYNA COLOURFUL DOUGH (RRCD) - AROMATIC DOUGH
                                 Zaharilah binti Abdul Kadir, Dr. Nirwana binti Mohd Rashid,
                                             Roslimah binti Saat, Chong Siw Fong,
                                                    Erana binti Abd Seman
                                                  IPG Kampus Raja Melewar

                                                          SINOPSIS

                      Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) - Aromatic Dough ialah transfomasi
                      idea  untuk  mengganti  dough  berwarna-warni  di  pasaran,  yang  tidak  pasti
                      selamat digunakan kerana bahan asasnya ada campuran bahan kimia. RRCD
                      dihasilkan  berasaskan  bahan  alami  iaitu  tepung  gandum  dicampur  bahan
                      semulajadi  tumbuhan  berwarna  dan  mengeluarkan  aroma  menyenangkan.
                      Masalah ketara murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan pendidikan
                      awal kanak-kanak ialah kurang cekap menggunakan motor halus khususnya
                      jari  jemari  membuat  kerja  tangan,  mengenal  pasti  bau  dan  warna.  Ini
                      menyebabkan  kanak-kanak  sukar  membentuk,  membuat  perbandingan,
                      mengklasifikasi dan keliru dalam konsep mendiskriminasi. Kesannya, kanak-
                      kanak membuat kesalahan berterusan, menghasilkan kerja tangan yang tidak
                      berkualiti  dan  meningkatkan  tingkah  laku  pasif  kanak-kanak.  Model  PDCA
                      digunakan dalam penyelesaian masalah yang efektif untuk aktiviti motor halus,
                      membuat  banding  beza  dan  terapi  dalam  konteks  pendidikan.  Hasil
                      penyelidikan RRCD telah dibentangkan dalam seminar. RRCD telah disebar
                      luas dalam bengkel kepada guru, murid, ibu bapa dan pelajar PISMP. Secara
                      dalam      talian,    pengguna       boleh     mengakses        melalui     pautan:
                      zaharilahduniapendidikanpemulihan.blogspot.com  dan  youtube.  Implikasinya,
                      murid seronok dengan kaedah main sambil belajar, penggunaan motor halus
                      lebih  baik  dalam  menggaul,  membentuk  dan  membantu  daya  pengamatan
                      membuat  perbandingan.  Secara  tidak  langsung  menajamkan  daya  bau  dan
                      visual  kanak-kanak.  Produk  didaftar  dengan  MyIPO  LY2018001177  supaya
                      kualiti terkawal, dan dikongsi dengan pengguna secara dibukukan ISBN 978-
                      967-5820-20-5.


                      RASIONAL PROJEK

                      Masalah ketara murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan pendidikan
                      awal kanak-kanak ialah kurang cekap menggunakan motor halus khususnya
                      jari jemari dalam membuat kerja tangan dan kurang cekap mendiskriminasi bau
                      dan  warna.  Murid  berhadapan  dengan  kesukaran  untuk  membuat
                      perbandingan,  pengelasan  dan  keliru  dengan  konsep  diskriminasi  bau  dan
                      visual.  Antara  punca  utama  yang  dikenal  pasti  adalah  kerana  mereka  tidak
                      dapat  membezakan  bau,  warna,  saiz  dan  bentuk  secara  jelas.  Keadaan  ini
                      boleh  mengakibatkan  murid  melakukan  kesalahan  berterusan  dalam
                      menghasilkan kerja tangan dan kerja tangan yang dihasilkan tidak berkualiti.
                      Fenomena ini membawa kepada pembentukan tingkah laku pasif  dan emosi
                      yang tidak stabil pada kanak-kanak.


                                                               147
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161