Page 159 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 159

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID

                        Aktiviti  RRCD  berupaya  menimbulkan  keseronokan  dan  pengalaman
                        pembelajaran  yang  bermakna  kepada  guru pelatih  dan  murid.  Murid  dapat
                        menggunakan sepenuhnya motor halus, deria bau dan visual. Kanak-kanak
                        berkebolehan  menggunakan  otot-otot  kecil  pada  tangan  dan  jari  tangan.
                        Aktiviti  RRCD  dapat  merangsang  perkembangan  motor  halus  murid
                        melibatkan kemahiran mengadun, menggaul, meramas, menggentel, menguli,
                        memicit  dan  membentuk.  Ada  peningkatan  ketangkasan  (dexterity)  murid
                        dalam  pergerakan  tangan  dan  jari  dalam  melakukan  aktiviti.  Aktiviti  RRCD
                        yang melibatkan kemahiran motor halus dan kemahiran mendiskriminasi deria
                        bau  dan  visual  murid  penting  dan  banyak  digunakan  dalam  proses
                        tumbesaran  kanak-kanak.  Murid  juga  mendapat  pengetahuan  berkaitan
                        tumbuh-tumbuhan  semulajadi  yang  boleh  mengeluar  bau  dan  warna  yang
                        selamat untuk manusia gunakan.

                        Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) memberi kesan kepada bidang
                        pendidikan. Salah satu ciri IR 4.0 ialah Internet of Thing (IOT). RRCD disebar
                        luas melalui IOT menggunakan maya, iaitu melalui saluran youtube, blog dan
                        google drive. RRCD mengalami transformasi bersesuaian dengan IR 4.0, iaitu
                        menggunakan teknologi maklumat untuk sebar luas kepada guru, ibu bapa
                        dan  murid.  Penggunaan  teknologi  dalam  menyebarkan  maklumat  RRCD
                        dapat merangsang pengguna berfikir secara kreatif dan kritis. Pengguna boleh
                        akses maklumat RRCD melalui saluran maya. Kebolehan pelajar mengakses
                        maklumat  dalam  talian  membantu  meningkatkan  kemahiran  menggunakan
                        teknologi  dan  menambah  informasi  menggunakan  bahan-bahan  RRCD
                        bercirikan  kreativiti  dan  inovatif.  Penggunaan  teknologi  mempercepatkan
                        sebaran dan di mana sahaja walaupun di musim pandemik.

                        Bukti penggunaan

                        Semasa  pelajar  PISMP  menjalani  latihan  praktikum  Fasa  Satu,  pelajar
                        menggunakan pensil dan kertas mengajar murid asas menulis. Tetapi setelah
                        mengikuti  bengkel  RRCD  yang  diadakan  untuk  pelajar  PISMP  opsyen
                        Pemulihan,  pelajar  telah  menggunakan  RRCD  untuk  latihan  motor  halus
                        sebelum  murid  diajar  asas  menulis.  RRCD  digunakan  untuk  latihan  motor
                        halus,  mendiskriminasi  bau  dan  warna,  pelajar  juga  menerangkan  bahan
                        semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan RRCD kepada murid.

                        Pelajar  kreatif,  inovatif  dan  dapat  mempelbagaikan  penggunaan  sumber
                        tumbuh-tumbuhan  yang  mengeluarkan  aroma  dan  warna  seperti  daun
                        pandan, buah limau, kunyit, serbuk koko, serbuk kopi, buah strawberi, bunga
                        talang dan buah rozel.

                                                               150
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164