Page 158 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 158

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


                        bau  dan  warna.  Hasil  penerokaan  di  laman  sosial,  play  dough  popular
                        digunakan, tetapi bahannya tidak ada kepastian selamat digunakan. RRCD
                        menggunakan bahan alami semula jadi bersumberkan makanan iaitu tepung,
                        air  dan  tumbuhan  yang  mengeluarkan  bau  dan  warna.  Bahan  alami
                        menghasilkan bau dan warna merangsang deria kanak-kanak. Aktiviti RRCD
                        bercirikan  didik  hibur,  di  samping  itu  guru  berkongsi  maklumat  berkaitan
                        tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan bau dan warna dengan kanak-kanak.

                        PENGGUNAAN

                        Aktiviti  RRCD  berbentuk  hands  on  dan  pembelajaran  secara  aktif  menjadi
                        pilihan  pelajar  PISMP  opsyen  pendidikan  khas  masalah  pembelajaran  dan
                        PAKK untuk diaplikasi dalam kelas. Walau pun murid berasa sukar di peringkat
                        awal, namun setelah guru memberikan latihan dan murid melalui latihan yang
                        berulang,  berlaku  pembelajaran  bermakna,  di  mana  murid  dapat
                        menghasilkan sendiri RRCD. Murid dapat menggunakan dough untuk aktiviti
                        membentuk, diskriminasi bau dan warna. Potensi pembelajaran murid, emosi
                        dan  fizikal  berkembang  dengan  aktif  apabila  mereka  menjalani  proses
                        pembelajaran berpusatkan murid. Justeru, pendidik disaran supaya lebih peka
                        terhadap  keperluan  murid  serta  bijak  dalam  mengguna  pakai  bahan  bantu
                        mengajar bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

                        Bukti penggunaan

                        i.  portfolio bercetak.

                       ii.  portfolio digital menggunakan platform awan (URL) dan kod QR

                              https://drive.google.com/drive/u/1/folders/0AKRUO4aUE_uuUk9PVA

                         Bukti RRCD dalam google drive mengandungi:

                          File C2  -  Bahan yang digunakan untuk menghasilkan RRCD.
                          File C2  -  Bahan penyelidikan RRCD
                          File D3  -  Bahan mesej pelajar PISMP Unit PAI guna RRCD
                          File D4  -  Bahan pengiktirafan kepada pelajar


                        Maklumat yang dikongsi dalam blog adalah sebar luas RRCD. Maklumat boleh
                        diakses dengan cara imbas kod QR yang diberikan. Pengguna boleh akses
                        video cara menghasilkan RRCD dalam capaian di youtube:


                           https://www.youtube.com/channel/UCE-
                        SJwaTnp08UcZxTxsbSCw/videos?view_as=subscriber





                                                               149
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163