Page 157 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 157

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Objektif projek

                        Rayyan     Rayna      Colourful    Dough     (RRCD)       -   Aromatic     Dough
                        mentransformasikan  ‘dough’  sebagai  bahan  PdP  khususnya  melibatkan
                        kanak-kanak bekeperluan khas dan kanak-kanak prasekolah.  Dalam RMK
                        pelajar PISMP khususnya kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
                        PAKK dan PSV, terdapat HPK yang mengaitkan perkembangan motor halus
                        dan  penggunaan  motor  halus.  RRCD  dibangunkan  sebagai  BBM  yang
                        digunakan oleh guru untuk merangsang penggunaan jari jemari, deria bau dan
                        visual kanak-kanak. RRCD bertindak sebagai bahan untuk terapi cara kerja
                        dalam konteks pendidikan khas selain menajamkan persepsi deria bau dan
                        warna kanak-kanak. Keistimewaan RRCD ialah nilai keselamatannya kerana
                        dihasilkan daripada sumber alami iaitu tepung gandum, air, bahan berwarna
                        dan beraroma semulajadi.

                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Model  PDCA iaitu  P  untuk  Plan,  D  untuk  Do,  C  untuk  Check  dan  A untuk
                        Action, digunakan dalam kajian tindakan untuk membantu guru menyediakan
                        bahan  yang  efektif  untuk  aktiviti  motor  halus  dan  membuat  banding  beza.
                        Dalam Plan, masalah dikenal pasti semasa PdP guru kurang mengupayakan
                        kebolehan murid menghasilkan sendiri kraf tangan berasaskan motor halus
                        dan melaksanakan aktiviti diskriminasi bau dan warna. Analisis menunjukkan,
                        aktiviti  motor  halus,  diskriminasi  warna  dan  bau  yang  menyebabkan
                        rangsangan kepada saraf-saraf neuron sesuai dijadikan aktiviti murid. Murid
                        meneroka  warna dan bau semulajadi. RRCD ialah cadangan penyelesaian
                        kerana bahan selamat digunakan. Menggunakan sumber alami iaitu tepung
                        gandum,  air  dan  bahan  berwarna  semulajadi  dan  beraroma.  Dalam  Do,
                        pelaksanaan uji cuba bersama murid pendidikan khas masalah pembelajaran
                        dan pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual dan rakaman video.
                        Analisis  menunjukkan  pelibatan  murid  lebih  aktif  dan  menunjukkan  minat.
                        Faktor keselamatan terkawal kerana menggunakan bahan semulajadi. Dalam
                        Check, murid berjaya menghasilkan RRCD dan kualiti hampir sama dengan
                        produk di  pasaran dan  ditambah  baik dengan  aroma.  Dalam  Action,  untuk
                        tindakan penyeragaman dan tindakan susulan, aktiviti menghasilkan bahan
                        motor halus ada dalam kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
                        tajuk  aktiviti  kreativiti  dan  estetika.  RRCD  disebar  luas  melalui  bengkel
                        perkongsian ilmu, youtube dan blog.

                        Cetusan  idea  menghasilkan  Rayyan  Rayna  Colourful  Dough  (RRCD)  -
                        Aromatic  Dough  sebagai  bahan  PdP,  bermula  apabila  pensyarah
                        melaksanakan penyeliaan praktikum. Guru memerlukan bahan yang selamat,
                        mudah dihasilkan dan boleh digunakan untuk aktiviti motor halus, diskriminasi


                                                               148
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162