Page 166 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 166

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Projek inovasi ini dapat memberi nilai tambah kepada Kaunselor Pendidikan
                        KPM dan pelajar bimbingan dan kaunseling yang sedang dalam pengajian
                        bidang bimbingan dan kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi. Ia memberikan
                        variasi kepada kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling. Variasi di sini
                        bermaksud klien boleh menggunakan picit picit dalam menyatakan isu yang
                        dialami dengan lebih jelas. Selain itu, perkembangan kaedah dalam proses
                        membantu klien di mana kaunselor boleh mendapatkan maklumat daripada
                        klien dengan lebih baik dalam proses membantu. Oleh itu, inovasi Peduli Picit-
                        picit ini boleh memberi nilai tambah dalam proses membantu kaunselor dan
                        klien dengan lebih baik.

                        Projek ini telah memberikan satu nilai tambah dalam dunia terapi seni dalam
                        kaunseling dengan adanya pendekatan yang lebih dekat nilai-nilai masyarakat
                        setempat dengan mengunakan inovasi Peduli Picit-picit. Ciri ciri yang terdapat
                        dalam elemen ini telah dapat membantu kaunselor dalam menangani isu klien
                        yang sukar untuk bercakap pada awal sesi kaunseling dan secara langsung
                        memberikan  pengalaman  yang  lebih  teraputik  pada  diri  klien.  Dengan  nilai
                        teraputik yang dirasai oleh klien membolehkan klien merasakan kebersamaan
                        dan  memberi  ruang  dan  peluang  untuk  kaunselor  mendekati  diri  klien.
                        Rumusan secara keseluruhannya, pendekatan Peduli picit-picit dan terapi seni
                        dalam  kaunseling ini  telah  memberikan  satu  nilai  tambah  dan  memberikan
                        tambahan  variasi  dalam  proses  membantu  klien  untuk  meningkatkan
                        hubungan  yang  lebih  teraputik  sewaktu  bersama  kaunselor  dalam  sesi
                        kaunseling. Dengan penghasilan inovasi ini dapat  memberikan impak yang
                        lebih  positif  pada  kaunselor  di  Unit  Psikologi  dan  Kaunseling  IPGK  Raja
                        Melewar  malah  telah  memberikan  kelebihan  dan  keunikan  pada  bakal
                        kaunselor  (guru  pelatih)  serta  guru  bimbingan  kaunseling  juga  kaunselor
                        khasnya.

                        Bukti penggunaan

                        Boleh imbas kod QR atau klik pautan https://anyflip.com/kegul/dqpg/














                                                               157
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171