Page 170 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 170
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
KLIK JE!
Dr. Norhayu Norany, Quinie Ong Kooi Loo, Kathleen Dass,
Dr. Muhammad Zeeree Kanreng, Nor Azmah Abdul Karim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
SINOPSIS
Klik Je! merupakan satu mekanisme untuk mewujudkan inovasi dalam
pengurusan - satu pusat sehenti untuk mendapat maklumat dan
melaksanakan beberapa urusan secara dalam talian dengan menggunakan
telefon pintar dan komputer. Beberapa aplikasi di laman web telah digunakan
untuk membangunkan Klik Je!. Tapak untuk sistem ini ialah weebly.com dan
aplikasi lain termasuk kod QR, Google Calendar, Google Forms dan
WhatsApp – semua aplikasi percuma yang mudah didapati di laman web.
RASIONAL PROJEK
Empat masalah telah dikenal pasti iaitu cara merekod pergerakan pensyarah
dan mendapat maklumat keberadaan pensyarah yang renyah; pengurusan
aktiviti pensyarah dan pelajar yang kurang efisyen, pertindanan tempahan
bilik, dan cara membuat tempahan bilik dan perkhidmatan TMK serta
persiapan tempat yang kurang sistematik.
Projek ini akan dapat menyediakan satu tapak untuk mendapat maklumat
terkini dengan mudah, tepat dan cepat untuk mewujudkan satu sistem
pengurusan pentadbiran yang cekap, berkualiti dan mampan, selaras dengan
ciri-ciri pengurusan berstruktur dan berintegriti ke arah persekitaran abad ke-
21 serta ke arah kelestarian hidup.
Objektif projek
i. Memantapkan kaedah merekodkan pergerakan pensyarah yang lebih
efisyen.
ii. Membantu perancangan dan pengurusan aktiviti pensyarah dan pelajar
di IPGKSAH. Mengelakkan pertembungan aktiviti.
iii. Memudahkan tempahan bilik untuk menjalankan aktiviti.
iv. Memudahkan tempahan perkhidmatan TMK, persiapan tempat dan
peralatan untuk menjalankan aktiviti.
v. Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi
Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di prasarana
antarabangsa.
161

