Page 29 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 29

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Keaslian produk inovasi Modul Celik Kraf adalah resepi doh dari bahan semula
                        jadi yang tidak mudah kering dan dijauhi serangga. Modul Celik kraf mudah
                        diakses dalam bentuk kod QR YouTube. Kit Modul ini mudah disimpan dan
                        bahan  isi  semula  juga  mudah  disediakan.  Kosnya  juga  lebih  rendah  jika
                        dihasilkan secara makro. Reka bentuk kit sesuai dengan alatan dan bahan
                        khusus. MCK mudah diakses dalam bentuk kod QR YouTube. Murid mudah
                        mengakses panduan dan modul yang dibina di mana-mana sahaja, pada bila-
                        bila  masa  dan  tanpa  batasan.  Ini  bermakna  murid  telah  dapat  mengakses
                        MCK  secara  dalam  talian  dengan  mudah  dan  efisyen  sekaligus
                        mengimplimentasikan hasil kraf yang dipelajari.

                        PENGGUNAAN

                        Penggunaan produk inovasi MCK adalah berdasarkan panduan dalam bentuk
                        kod QR video (Youtube) yang disertakan:

                        i.  Modul Celik Kraf (MCK) iaitu sebuah e-modul yang mengandungi:
                             Manual penggunaan produk inovasi.
                             Tunjuk  Cara aktiviti  berperingkat  membentuk  dan  menghasilkan  kraf
                               doh.
                             Testimoni Pengguna.

                       ii.  Kit aktiviti yang merangkumi tiga fokus bahan aktiviti iaitu:
                             Bahan doh yang dihasilkan tidak mengandungi bahan kimia dan anti
                               serangga.
                             Alatan  terap  dan  acuan,  sebagai  panduan  kepada  pengguna  untuk
                               membentuk objek kraf.
                             Pewarna alam sebagai bahan untuk mencantikkan kraf doh.





























                                                               20
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34